Sunday 8 January 2012

NASHARUDIN PATUT DIPECAT JUGA?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

PENULIS tidak mahu bincang banyak soal pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali kerana tindakan pemecatan itu sepatutnya sudah dibuat lama dahulu, bukan selepas satu demi satu ‘kemungkaran’ yang dilakukannya sehingga membebankan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tapi bak kata pepatah lama, “Better Later, Than Never”.

Masalahnya, terbaru ini penulis dimaklumkan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula sebentar tadi muncul di TV3 mempertikaikan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Tidak setakat itu Nasharudin juga mempersoalkan usaha mengadakan himpunan rakyat untuk membebaskan Anwar esok (Gerakan 901). Alasan Nasharudin ialah meletakkan kewibawaan dan kedaulatan mahkamah di tempat yang sewajarnya.

Jika semua perasan, ulasan Nasharudin ini senada dengan Hasan Ali beberapa hari yang lepas cuma yang berbeza, Hasan Ali menjadikan soal moral Anwar dan jadual peperiksaan yang sedang berlangsung di hampir kesemua Universiti tempatan sebagai alasan utama

Begitu juga dengan medium yang dipilih untuk menyatakan pendirian, TV3 (tidak perlu diulas panjang).

Kebetulan, Nasharudin adalah antara 2 pemimpin PAS selain Hasan Ali (kini bekas pemimpin) yang sama terlibat dengan ‘pemberontakan’ yang berlaku dalam PAS tempoh hari, gara-gara tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang.

Soalnya, baru sahaja Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan PAS akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Tidak berapa lama sebelum itu, DAP juga menyatakan pendirian yang sama.

Kenapa Nasharudin pula memilih pendirian berbeza, melainkan dia juga mahu mengikut jejak Hasan Ali?

Penulis boleh menerima kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang mempertikaikan soal perlantikan Perdana Menteri interim bagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara.

Tapi tidak sama dengan kenyataan Nasharudin kerana persetujuan untuk memilih Anwar sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat itu bukan perkara baru malah sudah lama diperkatakan, terutama sejak pembentukan Pakatan Rakyat pada April 2008.

Penulis harap, PAS tidak lagi mengulangi kesilapan sama mengendalikan masalah Hasan Ali dalam hal berkaitan Nasharudin Mat Isa ini juga.

Kelihatan pada mata penulis, media-media pro UMNO sedang mula mendekati Nasharudin setelah Hasan Ali ‘hilang nilai’ apabila dipecat dari PAS.

12 comments:

  1. Terserahlah kepada PAS untuk mengurus ahli mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. Bagus Nasharudin berhati-hati selepas ini, kemungkinan besar akan dipecat juga.

    ReplyDelete
  3. ini adalah urusan dalaman parti tersebut.

    ReplyDelete
  4. biar mereka urus hal tersebut sendiri

    ReplyDelete
  5. Nampaknya, Hassan Ali ada 'geng' baru sudah macam ni.

    ReplyDelete
  6. nampaknya Anwr tak boleh dikritik, sesiapa ygn kritik anwar akan dipecat.

    ReplyDelete
  7. tidak hairan terdapat ahli2 dalam sesuatu parti tidak sehaluan atau sependapat dengan ahli2 lain dan perjuangan parti. jika berlaku keadaan seperti ini, hanya dua yang akan bakal berlaku. pertama, lompat parti. kedua, terus menerus mempertikai kepimpinan dan tindakan parti dan akhirnya dipecat.

    ReplyDelete
  8. nampaknya, ada juga yang tidak menyukai Anwar di kalangan parti PR sendiri.

    ReplyDelete
  9. Kenapa tidak pecat semua ahli PAS itu.

    ReplyDelete
  10. Pasti lebih ramai ahli PR yang lain tidak akan bersetuju dengan mencadangkan Anwar menjadi PM jika PR menang. Tindakan PAS yang memecar ahlinya ini sanggup kerana Anwar lebih penting bagi mereka.

    ReplyDelete
  11. baik semua ahli2 dalam PAS keluar dari parti itu.. pemecatan Hassan Ali jelas membuktikan bahawa Pakatan juga tidak mengamalkan kebebasan bersuara.. bagi mereka kebebasan bersuara hanya wujud apabila pihak tersebut tampil mempertikaikan kepimpinan pihak lawan..

    ReplyDelete
  12. sebelum ini mereka begitu lantang mempersoalkan kebebasan bersuara yang diamalkan oleh parti pemerintah.. tapi bila sudah kena dengan diri sendiri, mereka juga bertindak kejam bukan hanya memecat Hassan malah memburuk2 imej beliau..

    ReplyDelete