SIMPATI…..Jamawi sedang berbual-bual dengan seorang peniaga, Haji Arkani Ukab yang terlibat dengan musibah banjir di kampung Patongan Sapong semasa lawatan tersebut.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
HUJAN yang turun tidak henti-henti sejak beberapa hari lepas menyebabkan beberapa buah kampung di kawasan rendah dan berhampiran dengan Sungai Padas di daerah Tenom turut dilanda banjir.
Jawatankuasa Bencana Alam Daerah yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah Tenom telah pun mengarahkan kesemua Jentera Bencana Alam Daerah Tenom bersiap sedia menghadapi keadaan tersebut dan dalam masa yang sama Pergerakan Pemuda Umno Tenom yang diketuai Jamawi Jaafar juga turun padang bagi meninjau serta membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir kali ini.
Antara kampung yang di lawati oleh rombongan tersebut kampung Pantongan, Sapong dan beberapa buah kampung yang lain. Dalam lawatan turun padang tersebut Pergerakan pemuda Umno bahagian Tenom juga turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan musibah banjir kali ini.
Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ini meminta mereka yang terlibat besabar menerima musibah tersebut dan turut menasihatkan mereka yang terlibat agar sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa sekiranya ada arahan untuk mereka berpindah mereka perlu mematuhi arahan tersebut demi untuk keselamatan mereka.
Katanya Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom juga akan membuka bilik gerakannya sendiri dan bersiap sedia setiap masa turun padang bagi membantu mereka yang terlibat terutamanya dalam menyediakan kemudahan perpndahan dan juga bantuan bantuan lain yang diperlukan
TINJAU…..Jamawi bersama rombongan menaiki bot turun padang bagi meninjau sendiri keadaan banjir di kampung Patongan Sapong.
Bagus bina rumah yang ada kaki di kawasan itu sebab selalu banjir.
ReplyDeleteHarap mangsa banjir ini akan diberikan bantuan yang diperlukan.
ReplyDeletedengan adanya bilik gerakan ini, sergala usaha mengurus dan mengkoordinasikan bekalan asas kepada mangsa banjir dapat dijalankan dengan lancar.
ReplyDeleteya.. pemberian bantuan jg dpt dilakukan dgn mudah dan cepat.
Deletediharapkan mangsa-mangsa yang terlibat akan memberi kerjasama sepenuhnya.
ReplyDeleteJamawi ni memang rajin turun padang. Bakal calon PRU13?
ReplyDeleteSyabas kepada kepimpinan Jamawi. beliau memang antara pemimpin yang sangat aktif.
ReplyDeletebanyak kawasan2 di Sabah ini yang dilanda banjir sekarang. harap2 pemimpin2 atau wakil rakyat di sana juga dapat menjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
ReplyDeleteTeruskan kegiatan seperti ini untuk mendekati penduduk dan juga membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
ReplyDeletePemimpin lain juga perlu turun padang untuk membantu. Jangan hanya seorang saja yang ada disana seharusnya ada lagi pemimpin BN yang turun untuk melihat dan berjumpa sendiri dengan mangsa banjir.
ReplyDeleteselepas banjir ini surut, cuba kenalpasti apa penyebab berlakunya banjir ini.. jika tidak dapat diselesaikan 100%, sekurang2nya impak banjir itu dapat dikurangkan..
ReplyDeleteapa2pun syabas kepada Jamawi kerana sudi meredah banjir untuk turut serta dalam membantu mangsa banjir.. teruskan usaha murni seperti ini dan jangan ada satupun pihak diabaikan walaupun berbeza fahaman politik..
ReplyDelete