Tuesday 10 January 2012

SABAH SYURGA BELI-BELAH RANTAU ASIA?



SABAH, khususnya Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai potensi sebagai antara destinasi syurga membeli-belah di rantau Asia dengan pembukaan pusat beli-belah terkemuka di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Masidi berkata selain itu, Sabah kini semakin dikenali sebagai satu destinasi beli-belah selain bandar raya Kuala Lumpur terutama di kalangan pelancong asing China, Filipina, Indonesia dan Brunei.

"Setakat Oktober tahun lalu, lebih 114,000 pelancong dari China berkunjung ke Sabah untuk membeli-belah selain Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Suria Sabah Shopping Mall di sini yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang turut dihadiri isteri beliau, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Masidi turut menyarankan tiga ciri-ciri penting kepada pemilik pusat beli-belah mencapai usaha itu iaitu meningkatkan ciri-ciri keselamatan bagi mengelak berlaku insiden jenayah seperti rompakan, memperbaiki tahap kebersihan tandas serta melayan pelanggan dengan berhemah.

Beliau yang mengalu-alukan pembukaan Suria Sabah Shopping Mall itu berkata kewujudan pusat beli-belah itu sebagai titik tolak kepada kemajuan industri pelancongan di negeri ini.

Suria Sabah, sebuah pusat beli-belah yang dibina pada harga RM330 juta menjadi ‘Pusat Beli-Belah Hentian Pertama’ bagi penduduk dan pelancong di sini apabila ia mulai dibuka pada akhir 2009.

Mengenai tindakan Malaysia Airlines (MAS) menggantung empat laluan yang melibatkan rangkaian serantau Sabah bermula tahun ini, Masidi berkata kedatangan pelancong ke Sabah tidak terjejas meskipun terdapat pengurangan penerbangan ke negeri ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi menjadikan Negeri di Bawah Bayu ini sebagai destinasi utama pelancong. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Labuan lah syurga beli-belah di Sabah kerana bebas cukai.

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan suatu hari nanti. pasti ini akan meningkatkan lagi ekonomi negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. pusat membeli belah adalah satu tarikan pelancong ke Sabah, moga industri pelancongan Sabah akan terus berkembang.

    ReplyDelete
  4. Kebersihan tandas di shopping mall perlu sentiasa di tahap yang bersih. Apa guna bayar kalau tandas masih kotor dan berbau?

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan dengan aadanya peningkatan tiga ciri-ciri penting (yang dinayatakaan di atas) dapat memberi keyakinan kepada pelancong luar negara datang membeli belah di Kota kinabalu.

    ReplyDelete
  6. hasil daripada itu, diharap ia juga dapat menjana ekonomi serta pendapatan negeri.

    ReplyDelete
  7. Lebih baik jika adanya brand tersendiri di Sabah. Apa2 pun, peniaga harus pastikan barangan mereka berkualiti dan harga juga berpatutan.

    ReplyDelete
  8. Sabah destinasi pelancongan dan memag berpotensi untuk menjadi lokasi beli belah.

    ReplyDelete
  9. Pihak pusat membeli belah perlulah memastikan pusat tersebut selamat untuk para pengunjung.

    ReplyDelete
  10. tidak mustahil Sabah mampu menjadi destinasi utama pelancong jika kemudahan seperti pengangkutan udara dan darat dapat diatasi sepenuhnya oleh kerajaan..

    ReplyDelete