BADAN kebajikan, rumah ibadat dan sekolah di negeri ini digalak memohon diskaun 10 peratus ke atas bil elektrik masing-masing.
Pengurus Besar Kanan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir. Ahmad Fuad Mohd Kasim berkata pemohon perlu melengkapkan borang BDRI/TS11 yang boleh didapati di semua pejabat SESB.
"Kemudahan diskaun itu bagi mengurangkan beban kewangan institusi berkenaan, sekaligus memberi kesan positif kepada pengurusan perbelanjaan mereka yang bergantung kepada sumbangan derma," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Ahmad Fuad berkata sehingga 30 Nov lepas, sebanyak RM 14,000 berbentuk diskaun diberikan kepada 552 pelanggan yang layak dan telah berdaftar dengan SESB. (BERNAMA)
Badan kebajikan, sekolah dan rumah ibadat ini wajar membuat pemohonan dengan SESB untuk mengurangkan bil elektrik.
ReplyDeleteBantuan dengan memberikan diskaun ini bolehlah mengurangkan sedikit bebanan mereka.
ReplyDeleteBaguslah ada usaha untuk kurangkan beban institusi2 ini.
ReplyDeleteTapi diharap pengguna lain tidak pula dikenakan caj yang lebih mahal untuk tanggung pendapatan SESB.
ReplyDeleteinstitusi kebajikan memang patut memohon diskaun berkenaan.
ReplyDeletediskaun kepada institusi kebajikan ada lah langkah yang baik dilakukan oleh sesb.
ReplyDeletebgslah.. harap lepas ni.. rumah2 juga akan diberi diskaun.
ReplyDeleteMemang wajarlah SESB bagi diskaun dan lebih bagus lagi tak perlu bayar:)dengan cara ini SESB juga telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka terhadap rakyat.
ReplyDeleteBadan kebajikan, rumah ibadat dan sekolah ambillah peluang ini untuk memohon. semoga kos2 perbelanjaan yang ditanggung sebelum ini dapat dikurangkan.
ReplyDeleteItu satu cadangan yang baik untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh institusi tertentu.
ReplyDeleteNamun janganlah pula mengambil kesempatan ini dengan membazirkan penggunaan elektrik.
ReplyDeletemungkin ada pihak yang tidak tahu wujud diskaun seperti ini.. oleh itu, saya harap pihak sesb perlu berlaku jujur dengan tidak menyembunyikan perkara ini jika ada antara pelanggan mereka terdiri dari kumpulan yang layak menerima diskaun..
ReplyDeleteseperkara lagi, sesb perlu memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pihak tidak kira yang telah mendapat keistimewaan mahupun yang tidak mendapat keistimewaan..
ReplyDelete