Wednesday 5 September 2012

APS SULAMAN BANTU PKR DI TUARAN





PEMBENTUKAN Jawatankuasa Penyelaras Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman yang diketuai oleh Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow akan membolehkan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tuaran pimpinan ketuanya, Haji Ansari Abdullah Ali merancang pelbagai kegiatan; terutama untuk mendekati dan meraih lebih ramai sokongan rakyat pelbagai kaum di kawasan Tuaran pada PRU-13 kelak.

Menurut Monggoh, penyatuan pimpinan pelbagai kaum di Sulaman ternyata menjadi pemangkin  terhadap sokongan  rakyat  terhadap perjuangan Pakatan Rakyat (PKR) yang terus bertambah di Kawasan Tuaran.

"Berdasarkan kepada keinginan rakyat yang begitu tinggi untuk membuat perubahan, saya merayu agar gerak kerja yang bersepadu di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat akan terus diperkuatkan lagi sejajar dengan kebosanan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN); yang hanya menunjukkan keperhatinan mereka di saat akhir menjelangnya pilihanraya umum tidak lama lagi," kata Monggoh yang bersama-sama Pengerusi APS, Datuk Seri Panglima Wilfred   Mojilip Bumburing dalam mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang tanpa izin  dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR)  di Sabah.

Beberapa siri ceramah bersama telah dianjurkan oleh APS Sulaman dan PKR Tuaran yang turut dihadiri oleh beberapa orang pemimpin dari kalangan suku kaum Lotud Tuaran yang terdiri daripada Datuk Monggoh sendiri; Bekas Ketua Cawangan UMNO Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; Bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richad Libau; Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti AKAR, Balanting Erom dan Bekas Ketua Bahagian Parti BERJAYA Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel.

20 comments:

  1. Nampaknya Pembangkang mula mengatur langkah mereka. Tapi rasanya tidak akan dapat menggugat sokongan penduduk terhadap Kerajaan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We should wait for the GE-13 to see whether the people's choice is PR or BN?

      Delete
    2. Serahkan kepada rakyat untuk menentukannya.

      Delete
    3. semua parti dah mula mengatur langkah.

      Delete
    4. Not only opposition, guess BN also work hard and prepare for coming PRU.

      Delete
  2. Kita lihat setakat mana nanti usaha ini dapat diterima baik oleh penduduk atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In the end, it is up to the Tuaran voters to make their choice.

      Delete
  3. Jangan pula APS aktif sekarang, selesai saja PRU terus hilang tanpa dikesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If APS sole purpose is to help Pakatan Rakyat campaign for elections, that is exactly what will happen.

      Delete
  4. Ada niat APS mau bantu PKR ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. We shall see if the Tuaran folks will fall for the Pakatan Rakyat or not?

      Delete
    2. Impian APS dan PKR sangat tinggi.

      Delete
  5. May the best party win in the 13th General Elections, the choice is in the people's hands.

    ReplyDelete
  6. Jangan beri mandat pada PKR di Sabah

    ReplyDelete
  7. kenapa APS tidak bantu saja parti2 pembangkang tempatan seperti SAPP dan STAR? kenapa perlu bantu PKR?? Anwar ada offer apa2 ka?

    ReplyDelete
  8. memandangkan trend pengundi Sabah masakini lebih condong kepada parti tempatan, sepatutnya APS membantu parti2 tempatan ini untuk menang pilihanraya..

    ReplyDelete
  9. Saingan semakin hebat antara BN dan parti pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Banyak belia telah berkelayakan untuk mengundi, susah untuk meramal parti mana yang belia akan mengundi.

    ReplyDelete
  11. Pembangkang akan memberi saingan yang hebat kepada BN. Let see how BN defeat opposition.

    ReplyDelete