Friday, 17 December 2010

GETAH MAMPU BASMI KEMISKINAN



CENDERAHATI….Pengarah Risda Negeri Sabah Hj. Omar Hassan menyampaikan cenderahati kepada Radin.

Oleh: MAIL MATHEW

PEMBANTU Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh menegaskan bahawa peluang terbuka luas bagi para pekebun kecil menimba ilmu dalam peningkatan ekonomi menerusi penanaman getah selepas menyertai program Kursus formal Pra-Tanam semula Risda dengan kerjasama koperasi pekebun kecil Negeri Sabah (Koperasi Berhad).

Katanya, beliau berharap mereka (pekebun) dapat memanfaatkan program tersebut dengan sebaik mungkin kerana hasil getah adalah salah satu komoditi jangka panjang yang boleh membantu mengeluarkan masyarakat luar bandar dari kepompong kemiskinan.

“Saya berpendapat bahawa program ini dapat mambantu kerajaan mempercepatkan proses peningkatan ekonomi selain daripada penanaman getah secara berkelompok melalui Lembaga Industri getah Sabah,” kata beliau ketika merasmikan kursus tersebut yang dihadiri lebih 60 peserta di Rumah Kebudayaan Kg Pulong kira-kira 12 km dari pekan Tenom.

Hadir sama di majlis itu, Pengarah RISDA Negeri Sabah Haji Omar Hassan, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Melalap Balsius Mosuning, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Clarence Puin Pinduruh dan para pemimpin masyarakat tempatan.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Melalap seterusnya berkata, selain daripada program Pra-Tanam semula beliau juga berharap agar Risda akan menambah satu lagi program penanaman getah bagi tanah tanah terbiar yang belum diterokai sehingga kini.

Tegasnya, kerana kebanyakkan penduduk dikawasan disini mempunyai kawasan tanah yang luas terus terbiar kerana tidak mampu mengusahakannya disebabkan atas faktor kos yang tinggi dan ada baiknya jika pihak RISDA dapat membantu dan seterusnya memasukkan program ini di masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa dengan cara sedemikian pihak kerajaan akan dapat mempercepatkan program pembasmian kemiskinan dikawasan luar Bandar dengan lebih awal sebelum jangka masa sasarannya.

Sebaliknya tegas Radin lagi, di pihak para pekebun pula mereka haruslah memenfaatkan dengan sebaik baik mungkin saranan mahupun pengalaman yang mereka timba dalam kursus tersebut untuk merealisasikan matlamat yang diharapkan oleh kerajaan dan RISDA sebagai salah seorang peneroka yang berjaya dan berubah corak penghidupan.

No comments:

Post a Comment