Oleh: ROZIE JUMAT
PENYERAHAN 1Azam yang melibatkan rakyat di kawasan luar bandar seperti di daerah ini telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan yang tidak menerimanya.
Pemangku Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Busiau Ampirak berkata, pihak mereka mendapat aduan dari rakyat yang menyatakan kurang senang dengan pengagehan 1Azam yang dilaksanakan di daerah itu.
Busiau berkata, mereka tidak sama sekali mempersalahkan wakil rakyat kerana program seumpama itu sangat bagus dan sesuai dengan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membantu rakyat.
"Masalahnya ialah, bagaimana penerima itu dipilih kerana mereka yang mendapat bantuan lain seperti Bantuan Orang Tua (BOT) dan Kumpulan Wang Amanah elajar Miskin (KWAMP) juga menerima, tapi ada yang lebih layak tidak mendapat," kata Busiau.
Beliau meminta Jabatan Kebajikan agar mengemaskini senarai mereka kerana kemungkinan senarai yang diguna pakai adalah senarai yang sudah lama.
"Kalau boleh mana-mana jabatan atau agensi yang mempunyai program murni seumpama ini seharusnya merujuk kepada Pejabat Wakil Rakyat iaitu Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kerana mereka lebih tahu kedudukan rakyat di kawasan ini," kata Busiau.
Katanya, apa yang dikesalkan ialah ada diantara penerima 1Azam itu mempunyai pendapatan yang baik.
"Senarai E-Kasih juga perlu dikaji semula jangan ada rakyat menganggapnya sebagai program pilih kasih," kata Busiau.
Beliau juga mencadangkan agar penerima bantuan dari agensi yang lain sepatutnya dikecualikan dari menerima 1Azam kerana menurut Busiau, penerima program itu tidak semestinya berdaftar dengan e-kasih (seperti yang diberi tahu oleh Penolong Pegawai Daerah Nabawan sempena majlis pemimpin bersama rakyat di Kg Tataluan,Sepulut).
No comments:
Post a Comment