Oleh :MEDIA PKR TENOM
Bertempat di Kg Tontologong, Melalap, Tenom, PKR Cabang menerima kemasukan anggota baru seramai 70 orang yang terdiri dari ahli-ahli UMNO Bahagian Tenom.
Bercakap kepada wakil media PKR, penduduk kampung berkenaan menyatakan rasa kecewanya terhadap kepimpinan UMNO yang selama ini tidak memperdulikan kebajikan mereka.
Juru cakap penduduk Kampung Tontologong, Ambiau memaklumkan bahawa selama BN memerintah hampir 48 tahun lalu, tiada satupun pembangunan telah dibuat di kampung berkenaan. Jalanraya pun masih bertaraf zaman batu, penuh dengan lumpur.
Dalam ucapan Ketua Cabang PKR Halik Zaman, beliau mengalu-alukan penyertaan keanggotaan ke dalam Cabang PKR Tenom. Beliau percaya rakyat pedalaman kini bukan lagi seperti dahulu, yang hanya tunduk kepada pujuk rayu para pemimpin UMNO/BN.
Rakyat pedalaman kini sudah sedar dan tidak lagi mahu diri mereka di pergunakan demi memenuhi kepentingan kepimpinan UMNO yang mementingkan kepercayaan kepuakan suku.
Biarpun terdapat usaha kotor UMNO untuk menghancurkan PKR Tenom dari dalam dengan menarik sembilan orang AJK Cabang yang dipilih dalam Pemilihan Tahunan Cabang Tenom untuk kembali menyertai UMNO hari ini, namun Ketua Cabang PKR Tenom itu hanya tersenyum dan berkata; “Hari ini UMNO tarik 9 orang AJK PKR Tenom dan hari ini juga PKR telah ambil 70 orang akar umbi ahli UMNO dari kampung Tontologong Melalap Tenom.”
Ketua Cabang juga menyatakan, di sinilah kita dapat melihat ketakutan UMNO apabila melihatkan gelombang reformasi kian bertiup kencang di kampung-kampung di daerah Tenom.
Maka untuk memperkukuhkan kedudukan para pemimpin UMNO, maka mereka sanggup untuk bermain kotor demi mempertahankan kedudukan mereka yang semakin goyah hari demi hari.
Namun sokongan dan dokongan yang di terima dari ahli ahli UMNO dari kampung Tontologong yang amat menggalakkan, tidak mematahkan semangat kepimpinan Cabang PKR Tenom untuk meneruskan agenda perjuangan demi membela nasib rakyat Tenom.
"PKR Tenom sudah lama menjangka AJK yang mudah dibeli itu sememangnya mereka tidak ada pengaruh akar umbi, daripada mereka menjadi duri dalam daging dalam PKR, lebih elok awal awal lagi mereka keluar dari PKR agar kita tahu yang mana kawan dan lawan," jelas Halik dengan ceria dan tenang.
No comments:
Post a Comment