Friday 22 April 2011

CHIN PATUT DESAK PM SINGKIRKAN SHAFIE



Oleh: ABBAS AHMAD

AKTIVIS politik Sabah, Abdullahsani Haji Abdul Salleh bersetuju dengan gesaan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Shu Pin agar Perdana Menteri menyingkirkan pemimpin yang gagal membangunkan Sabah dan Sarawak sehingga Kerajaan BN dipandang serong oleh para pengundi Sarawak dengan mengalihkan sokongan mereka kepada DAP dan PKR.

“Kenyataan Chin amat wajar kerana punca kegagalan pembangunan Sabah dan Sarawak ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana beliau yang bertanggung jawab membangunkan Sabah dan Sarawak dan bukannya Ketua Menteri di kedua negeri di Malaysia Timur,” ujar Abdullahsani yang mengulas kenyataan Chin dalam akhbar tempatan sejak beberapa hari lalu.

Menurut Abdullahsani, Chin tidak wajar menuding jari kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman atau Tan Sri Abdul Taib Mahmud jika pengundi mengalihkan sokongan kepada pembangkang kerana amalan demokrasi begitu praktik dan berjalan lancar di Malaysia.

“Chin sepatutnya mendesak Perdana Menteri agar memecat atau menyingkirkan Shafie daripada jawatannya kerana beliau telah memalukan Malaysia dan menyebabkan Sabah dan Sarawak mundur sekalipun berbilion ringgit telah dibelanjakan di Sabah; tetapi kesemuanya untuk kroni dan proksinya,” ujar Abdullahsani yang turut mencabar Presiden LDP menyatakan pendirian sama ada kenyataan Chin adalah lidah rasmi parti atau kenyataan peribadi beliau sendiri.

Bagaimanapun Abdullahsani enggan mengulas lanjut kerana isu masyarakat Cina harus diselesaikan oleh masyarakat Cina sendiri.

1 comment:

  1. Tidak payah lah ada ketua menteri kalau Shafie yang bertanggungjawab bangunkan Sabah.Minta Musa Aman letak jawatan saja lah.Tak tau apa Sani cakap ni sudah nyanyuk ka?

    ReplyDelete