Saturday, 2 April 2011

LAMPAG KURIAS GALI KUBUR SENDIRI



SOKONG…. Kelihatan Halik bersama AJK PKR Tenom yang memberikan memberi sokongan padu kepada beliau.

Oleh: JACKSON LU

KEPIMPINAN Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom meskipun telah diwar- warkan oleh media kononnya, Datuk Haji Halik Zaman terpaksa turun takhta kerana cabang itu akan menghadapi satu lagi pemilihan semula disebabkan tidak cukup korum untuk berfungsi sebagai satu cabang PKR; selepas 11 AJK cabang itu keluar beramai ramai yang diketuai mantan Timbalan Ketua Cabang, Lampag Kurias untuk menyertai UMNO sebagai angan-angan dan syok sendiri.

Sebenarnya yang keluar hanyalah 8 AJK sahaja dan bukan 11 AJK seperti yang dilaporkan dalam media, namun perkiraan mereka khususnya Lampag bahawa selebih daripada lapan itu yang kebanyakkannya bukan berstatus korum dalam bahagian sebaliknya mereka adalah dari AJK Cabang, Pengerusi Tetap dan AJK Wanita.

Malangnya tindakan Lampag dan rakan-rakannya ibarat ‘Kalau memukul ular, biar ular yang dipukul mati tetapi pemukul jangan patah sebelum ular mati’. Mungkin tindakan Lampag memilih jalan pintas untuk ‘survival’ politiknya dengan memilih jalan menyertai UMNO selepas keluar dari PKR, sebagai satu-satunya jalan selamat untuknya namun, Lampag gagal mengambilkira masa depan pengaruh politiknya di mata rakyat; terus berada di ambang gerhana kerana bagaikan menggali kubur sendiri.

Rakyat di luar khususnya penyokong Lampag sudah pasti beranggapan bahawa dalam situasi sekarang apabila ‘PRU13 Around The Corner’ pastilah rakyat diakar umbi menyifatkan tindakan Lampag bertindak sedemikian kerana dalam keadaan terdesak; mahu hidup seratus tahun bersama sekarung ‘fulus’ tanpa memikirkan apa akan terjadi kepada anak cucu-cicitnya jika keadaan sekarang berterusan sepertimana cita-cita perjuangan Lampag sebelum ini.

“Sayang seribu kali sayang, nasib baik dalam dunia ini hanya lahir seorang insan bernama Lampag, jika ada lagi seorang Lampag mungkin dunia ini akan kiamat esok, lusanya siapa tahu kerana manusia senantiasa dimomok dengan pemikiran songsang seperti Lampag telah lakukan”, demikian terjemahan sekilas sindiran yang pernah diluahkan pemimpin agung Komunis China, Mao Tze Tung dalam terjemahan buku ‘The Great Wall of China Part VI’.

Andaian pemimpin UMNO sebagai karut yang mendakwa kononnya bahagian itu kemungkinan akan dibubar ekoran tindakan mantan Timbalan Ketua Cabang itu Lampag Kurias bersama 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO baru-baru ini.

Katanya, jumlah sebenar yang menyertai Lampag meninggalkan PKR hanyalah 8 AJK manakala selebihnya daripada AJK Cabang, Pengerusi Tetap dan ahli biasa yang bukan korum untuk menjejaskan bahagian itu berfungsi seperti biasa mengikut perlembagaan parti.

NAFI…. Sani Kuak, Naib Ketua menafikan penglibatannya dalam kumpulan Lampag.

Halik berkata demikian dalam satu sidang akhbarnya kepada media di Pejabat PKR di sini petang tadi sebagai mengulas laporan berhubung tindakan mantan Timbalan Ketua Cabang Tenom, Lampag Kurias bersama beberapa AJK Cabang yang telah mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.

“Kita tidak terkejut dengan tindakan Lampag dan rakan rakannya kerana selama ini pun kita sudah terhidu tindak tanduk mereka dan berharap mereka berjaya mencapai matlamat perjuangan mereka dalam UMNO,” tegas Halik.

“Sesiapa juga tidak boleh menghalang tindakan mereka kerana itu adalah hak mereka memilih parti yang mereka sukakan sepertimana hak kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya lagi.

Ketika ditanya sama ada PKR disini boleh bermesyuarat dan berfungsi mengikut perlembagaan parti beliau berkata,

“Kita tiada masalah mengadakan mesyuarat kerana meskipun 8 AJK yang keluar parti tapi kita masih cukup korum untuk menjalankan mesyuarat. Selepas ini kita akan lantik lagi ahli lain untuk mengambil alih tempat mereka sesuai dengan perlembagaan parti,” tegasnya.

Halik turut menafikan Naib Ketua, Sani Kuak telah menyertai kumpulan mereka malah Sani, Ketua Pemuda dan Wanita hadir pada ketika itu dan menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Halik, PKR Negeri dan Pusat.

Dalam pada itu, Halik turut mendedahkan nama-nama AJK yang terlibat menyertai kumpulan Lampag terdiri daripada Nasir Haji Tassim, Mijol Alil, Lily Teng Abdullah, Asneh Haji Ibrahim, Akilis Ansayou, Mansor Shahdan, Apoi Lubak dan Azman kerana kesemua mereka termasuk Lampag akan dipecat daripada PKR.

No comments:

Post a Comment