Saturday, 2 April 2011

LAMPAG MAMPU PERKASAKAN UMNO?



Oleh: NASUTION NAEJEL

SEMEMANGNYA sudah dijangka sejak awal lagi bahawa PKR dan Halik Zaman pastinya tidak akan mengaku kalah malahan beliau tetap akan mengatakan PKR masih relevan dan kekal berfungsi operasi bahagian itu seperti sediakala meskipun dalam gambar yang berdiri mengapit di sekelilingnya jelas kelihatan adalah terdiri dari budak budak mentah dalam politik.

Tindakan Mantan Timbalan Ketua Cabang PKR Tenom, Lampag Kurias membawa bersamanya beberapa AJK Cabang dan pemimpin Cabang PKR merupakan suatu tindakan yang tepat kerana beliau merasakan bahawa masa depan PKR khususnya di Tenom menuju ke alam gerhana politik.

Jikalau kepimpinan PKR Tenom menganggap kawasan Parlimen Tenom di antara kawasan yang boleh ditawan pembangkang, khususnya PKR pada PRU13, mungkin pemimpin PKR Tenom seperti Haji Halik Zaman sekadar dilamun seribu khayalan boleh diibaratkan sebagai ‘bermimpi bulan dan bintang di siang hari’.

UMNO dan pemimpinnya di Tenom seperti Jamawi Jaafar sudah pasti menjadi sandaran rakyat untuk memimpin di sini kerana selain berperawakan baik, berkebajikan dan berlatar belakangkan pendidikan yang baik kerana Jamawi merupakan satu- satunya pemimpin yang serasi dengan situasi kemodenan di alaf baru abad ke-21.

Mungkin juga Lampag dan rakan-rakannya sudah terhidu apa akan terjadi yang bakal menghitamkan masa depan generasi muda serta anak cucu-cicit mereka jika mereka terus berpaut di dahan rapuh seperti PKR.

Justeru, Lampag terpaksa memecah takungan kebuntuan fikiran di otaknya yang terlalu rasis dan bersifat kedaerahan lantas mengambil keputusan nekad untuk merobah haluan perjuangannya bahawa daripada terus bertahan dalam PKR yang tidak punya arah tujuan masa depannya lebih baik beralih sahaja kepada UMNO.

Nampak gayanya alunan dan arus politik PKR sama ada di peringkat negeri mahupun pusat semacam danau berkeadaan ‘bergelodak’ malah terlalu sukar untuk dijernihkan walaupun dibubuh dengan ‘tawas’ atau klorin bertan-tan banyaknya namun keadaannya tetap keroh. Sampai bila rakyat menunggu keadaan itu untuk dijernihkan?

No comments:

Post a Comment