Thursday, 14 April 2011

MIMPI PAKATAN UMPAMA MIMPI BASAH….



Saudara Pengarang,

BUDAYA politik samseng mula terkenal dan termasyhur di Malaysia apabila Anwar Ibrahim dicampak keluar dari UMNO dan dipecat serta-merta daripada jawatannya di dalam kerajaan.

Bermula dari tarikh itu, pelbagai politik kotor diperkenalkan seperti penyebaran surat palsu, memperkenalkan gambar-gambar yang telah diubahsuai, menyerang peribadi pemimpin-pemimpin yang dianggap sebagai musuh, mencipta isu untuk mendapatkan simpati, memutarbelitkan segala macam isu untuk menimbulkan sokongan dan sebagainya.

Keberkesanan yang ditunjukkan daripada corak politik yang diamalkan oleh puak-puak Anwar Ibrahim, membuatkan mereka terlupa bahawa dunia ini tidak pernah berhenti berputar. Akhirnya apa yang telah mereka lakukan, sekarang bertukar jadi sebaliknya.

Kalau dahulu, Anwar dan puak-puaknya saling menyerang dan cuba ‘membunuh’ para pemimpin UMNO dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa, kini Anwar dan puak-puaknya berhadapan dengan serangan bertali arus dari segenap penjuru oleh pihak yang sangat membencinya.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat terhadap kelakuan dan rancangannya, menjadikan Anwar Ibrahim dan juak-juaknya tidak senang duduk.

Pun begitu, pada masa yang sama, Anwar dan puak-puaknya sangat mengharapkan ketibaan Pilihanraya tidak kiralah sama ada pilihanraya kecil, mahupun pilihanraya negeri. Dengan pilihanraya, segala macam isu yang mengenai batang tubuh Anwar Ibrahim dapat diselindungkan dengan isu-isu yang diputarbelit.

Malangnya taktik yang masih cuba digunakan oleh kelompok ‘pemimpin najis’ ini semakin kurang mendapat perhatian, malahan semakin memualkan serta sangat menjijikkan.

Pengalihan isu terutama yang membabitkan video yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim menerusi jam tangan berjenama Omega selain penyerahan DNA yang masih gagal dilaksanakan, membuatkan para pemimpin yang bersekongkol dengan rakan karib Paul Wolfowitz yang sangat terkenal kerana membunuh jutaan umat Islam di Iraq itu, tidak senang duduk.

Menerusi cerita fitnah yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan Altantuya Shiiribu, selain kematian Teoh Beng Hock dan terbaru, Ahmad Sarbani Mohamed yang membabitkan SPRM, Anwar Ibrahim cuba menimbulkan spekulasi dan persepsi buruk terhadap kerajaan dan seterusnya UMNO.

Malangnya, mimpi Anwar Ibrahim tidaklah seindah seperti yang diharapkan. Walaupun Anwar kelihatan cuba untuk tampil sebagai hero, namun desakannya agar diadakan siasatan yang lebih komprehensif untuk mengenakan para pemimpin UMNO-BN dalam kes-kes berkenaan, berkesudahan dengan desakan agar Anwar sendiri lebih telus apabila wujud kes yang membabitkan dirinya.

Itulah yang berlaku di Sarawak apabila Anwar Ibrahim cuba mewujudkan sentimen kebencian melampau terhadap Taib Mahmud dengan bantuan DAP.

Seperti yang diketahui, DAP sangat membenci Taib Mahmud kerana kewujudan dan kehadiran Taib Mahmud membuatkan DAP sukar bertapak dan diterima oleh masyarakat Sarawak selain sebangsa dan seagama dengan Lim Guan Eng.

Mengharapkan isu jam tangan Omega dan DNA tidak menjadi kecoh di Sarawak, Anwar Ibrahim merantau dari satu tempat ke satu tempat untuk menusukkan jarum hasutan seperti yang dilakukannya pada tahun 1998.

Namun apabila menyedari, badai jam tangan Omega dan DNA selain desakan agar kewujudan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menangani video seks yang dikaitkan dengannya, Anwar Ibrahim ternyata tertekan.

Kedatangan Wan Azizah juga nampaknya tidak memberikan kesan yang diinginkan. Bahkan Wan Azizah dari semasa ke semasa kelihatan sangat tertekan, terutama apabila kedengaran perkataan ‘OMEGA’ ketika dia menghadiri majlis penamaan calon di Semariang pada 6 April lalu.

Mimpi yang disandarkan untuk menawan Sarawak, sekaligus cubaan untuk menutup cerita sebenar tentang video seks, DNA dan jam tangan Omega, nampaknya seperti mimpi basah… nikmatnya tidak lebih hanyalah sebuah mimpi, sedangkan hakikatnya, Anwar sedang bergelut dengan ‘kematian kerjaya politiknya’ yang abadi.

Salam Hormat,

HERO TUA

No comments:

Post a Comment