Oleh: FAIZAL OKADAU
POLITIK jijik UMNO Barisan Nasional dalam mengekalkan kuasa bakal menjadi barah yang boleh menyingkirkan UMNO BN daripada tampuk kekuasaan. Kesanggupan pemimpin UMNO BN menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara telah mengucar kacirkan politik tanahair.
“UMNO BN telah menjadikan akhbar dan TV milik kerajaan sebagai agen pembawa fitnah dan mengaibkan musuh politik, memanipulasi agensi Kerajaan dan menaikkan harga barang demi keselesaan mereka untuk hidup mewah di puncak kuasa,” Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah.
Hj Hamzah merujuk keangkuhan Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sentiasa menang besar dalan siri-siri pilihanraya yang mereka adakan. Akan tetapi keangkuhan Hosni Mubarak akhirnya menyembah bumi lantaran kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan dan juak dengan sikap penyelewengan dan ketidaktelusan pilihanraya.
“Najib jangan kata Malaysia tidak akan jadi seperti Mesir dan Negara Asia Barat, masyarakat Malaysia sudah jauh berubah terutamanya masyarakat Melayu. Melayu di zaman kesultanan Melayu adalah bangsa yang terlalu taat dan sanggup mengorbankan diri demi pemimpin, tetapi sekarang mereka sudah menilai mana intan dan mana kacanya,” tambah Hj Hamzah lagi.
UMNO BN semakin angkuh sejak mereka memenangi beberapa siri pilihanraya kecil sejak akhir-akhir ini dan mendabik dada bahawa pengundi sudah menerima kembali parti mereka. Lantaran itu, dengan berani dan sombongnya harga minyak dinaikkan pada setiap kali pilihanraya kecil. Pilihanraya kecil Batu Sapi dan DUN Galas sehinggalah PRK Dun Sarawak, harga minyak dinaikkan. Mereka sengaja untuk menguji kesabaran rakyat kepada mereka.
“Kita cukup yakin, tipu daya politik UMNO BN akan berakhir juga suatu hari nanti. Cuma masa dan ketika sahaja yang menentukannya. Rakyat sudah mula membuka mata dan terlalu muak dengan politik lucah terlampau BN,” kata Hj Hamzah.
Selain itu beliau amat berharap pengundi Sarawak dapat menunjukkan pintu taubat buat UMNO BN dan Taib Mahmud di atas perahan hasil bumi Sarawak untuk kemewahan mereka dan kroni selama ini.
No comments:
Post a Comment