Thursday, 14 April 2011

RIAK GELOMBANG SAPP MULA MEMBADAI



Saudara Pengarang.

PERGOLAKAN politik parti Maju Sabah (SAPP) di peringkat bahagian Tenom mungkin membawa kehancuran parti itu setelah Ketua Penerangannya yang enggan nama beliau disiarkan di portal ini membuat keputusan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu serta-merta kelmarin.

Namun, beliau belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti, hanya berkata beliau mahu rehat dahulu.

Beliau bertindak keluar dari parti itu kerana tidak bersetuju para pemimpin atasan itu melarang mereka membuat aktiviti turun padang bersemuka dengan akar umbi.

Difahamkan beliau bertungkus lumus membawa orang muda berkelulusan undang-undang itu turun padang untuk memperkenalkan kepada akar umbi, tetapi disalah anggap oleh dua Naib Presiden, bimbang berlaku perebutan calon.

Dalam politik bukan seperti berniaga; turun temurun dalam keluarganya menjadi tauke mengendali kedai, daripada bapa turun kepada anak, cucu dan cicit.

“Kalau inilah cara SAPP berpolitik, lebih baik mereka mengorek kubur sedia sebelum tibanya pilihan raya umum ke 13,” kata mantan Ketua Penerangan SAPP di Melalap itu.

Salam Hormat,

BON-BON TENOM.

1 comment:

  1. lepas PKR, terjun ke SAPP lepas ini pergi gali kubur sendiri...orang ini ingat dia hebat sangat sebab dia cakap dia banyak bantu kasi naik nama orang..susa percaya kepada orang ini, dia lebih suka jual harga diri dari menjadi orang yang setia dan berbakti kepada parti, biarpun masa untuknya belum tiba..mungkin sudah dapat habuan memusnahkan pkr.

    ReplyDelete