Oleh : PEJUANG PBRS
MEMBACA kepada ‘karya’ penuh kebusukan Kalawon SAPP tentang ‘Rakyat Pensiangan Menderita Kerana Kurup’. Hebat tulisannya yang penuh dengan kebusukan, merapu dan pencacai.
PBRS dan BN di Pensiangan tidak sama sekali gentar dengan kutukan SAPP terhadap parti ini yang berjiwa rakyat melalui artikel tersebut. Namun ditegaskan bahawa apa yang ditulis dengan penuh kebusukan itu adalah pembohongan SAPP semata-mata.
Sememangnya umum tahu inilah budaya dalam parti ini yang mudah lupa kepada sumbangan yang diberikan seseorang pemimpin. Adakah SAPP telah berjaya memajukan kawasannya sendiri ketika menjadi sebahagian dari kerajaan satu ketika waktu dahulu? Atau mereka lupa yang mereka pernah menjadi sebahagian dari kerajaan? Menafikan sejarah? Rakyat tidak sama sekali melupakan sumbangan SAPP dan tidak sama sekali melupakan ketamakan SAPP.
Untuk pengetahuan, kawasan P182 Pensiangan telah diwujudkan pada tahun 2004. Sebelum ini terbahagi kepada kawasan Parlimen Tenom dan Parlimen Keningau. Sebahagian dari kampung di Keningau, contohnya Kg.Tigasa terletak dalam kawasan Parlimen Tenom.
Pentadbiran dan pengurusan banyak dilakukan di luar Keningau. Oleh yang demikian PBRS yang telah mengusahakan DUN Sook dan Parlimen Pensiangan diwujudkan dan ianya direalitikan pada tahun 2004. Sebelum ini sebahagian DUN Sook berada di DUN Pensiangan kini N.38 Nabawan, DUN Melalap dan DUN Bingkor.
Sook telah mengalami perubahan drastik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Apa pun bentuk pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh BN, baik jangka masa pendek dan jangka panjang. Tetap membawa perubahan kepada kawasan Sook dan Nabawan. Meskipun ada yang melihatnya perlahan atau cepat, namun ia tetap memberi manfaat kepada rakyat di kawasan ini.
Rakyat berbangga dengan pembaikan rumah panjang, kemudahan infrastruktur dan berkat kerja keras Ahli Parlimen Pensiangan, anggota kabinet Persekutuan telah datang ke kawasan ini dan membawa perubahan.
Menteri Kerja Raya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran dan agensi-agensi kerajaan yang lain telah membawa perubahan kepada rakyat.
Parlimen Pensiangan adalah kawasan yang luas, ia adalah ibarat Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan digabungkan. Jika anda bertanya kenapa begitu banyak peruntukan diberikan oleh kerajaan? Tetapi kita tidak melihatnya, kerana kawasan ini sangat luas. Topografinya berbukit bukau dan berjauhan antara satu dengan lain. Perbelanjaan di kawasan ini adalah sangat besar berbanding Kawasan Sepanggar atau Tawau yang diwakili oleh SAPP, hanya mengambil masa sehari untuk dilawati.
Berbanding dengan Parlimen Sepanggar yang terletak di celah kangkang SAPP, semasa mereka berada dalam BN sekalipun tidak mampu memberikan jalan raya yang baik, masalah banjir yang teruk dan jalan raya yang bertampal-tampal.
SAPP pernah menjadi sebahagian dari kerajaan BN dan kini meskipun SAPP keluar daripada BN, kawasan ini seperti Luyang tidak terjejas kerana kawasan–kawasan SAPP adalah kawasan yang mempunyai kekuatan ekonominya kerana terletak di dalam bandar.
Rakyatnya membayar cukai sekaligus digunakan untuk menyelenggara jalan. Tetapi kawasan di luar bandar, tetap menerima akibatnya kerana banyak jalan di Parlimen Sepanggar juga masih jalan licin dan berdebu. Rakyat miskin dan kedaifan prasarana sekolah yang terabai.
Oleh yang demikian, SAPP haruslah mencerminkan diri dan melihat prestasi mereka sendiri sebelum menempelak. Sudah pasti kami merasa berbangga dan berterima kasih kerana Kalawon SAPP sendiri mengakui perubahan dan pembangunan berlaku di Sook dan Nabawan dalam artikel tersebut.
PBRS tidak pernah berkata akan meninggalkan Sook dan P182 Pensiangan hanya kerana semata-mata cabaran SAPP. Rakyat lebih tahu menilai kerana pemimpin kami mendalami nasib rakyat dan sentiasa diperjuangkan. Bukan sahaja memperbaiki taraf hidup malahan memberi masa depan yang cerah untuk generasi yang akan datang.
Kepada rakyat di pedalaman khususnya di P82 Pensiangan, PBRS mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Dalam pada itu, pihak kami juga ingin mengumumkan bahawa berkat perjalanan Ahli Parlimen Pensiangan, YB Tan Sri Joseph Kurup ke Pengaraan, Nabawan pada Mac lalu; YAB Perdana Menteri telah memberikan peruntukan kecemasan sebanyak RM3 juta memperbaiki jalan dari Kg.Nangkawangan sehinggalah ke Kg.Pengaraan.
Ia adalah hasil laporan lawatan turun padang yang dibuat oleh YB Ahli Parlimen kepada YAB Perdana Menteri. Sementara kerajaan negeri memberikan setengah juga untuk tujuan yang sama.
Sama-samalah kita bersabar menunggu pelaksanaan projek ini kerana semua itu memerlukan prosedur dan tatacaranya sendiri sebelum dilaksanakan. Ini adalah kejayaan PBRS–BN yang cekal dan mendahulukan kecemerlangan rakyat.
Teruskan sokongan kepada pembangunan dan kemajuan bersama BN.
No comments:
Post a Comment