Sunday, 3 April 2011

SERAGAM PERCUMA BUKTI BN PRIHATIN


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

AHLI Dewan Undangan Negeri Kawasan Banggi, Abdul Mijul Haji Unaini mengesa ibubapa agar mengambil peluang mengunakan kemudahan serta sumbangan kerajaan yang telah tersedia dan disalurkan melalui agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO); dalam usaha membantu meringankan bebanan ibubapa, terutama ketika memberikan persiapan pendidikan terhadap anak-anak mereka.

Sehubungan itu, Kerajaan, kata Mijul tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membantu penduduk di mana sahaja, terutama kepada mereka yang berada di luar Bandar, khususnya dalam membangunkan kemudahan asas yang diperlukan, termasuklah prasarana pendidikan seperti sekolah dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemberian Sumbangan Kerajaan berbentuk Pakaian seragam dan kasut Sekolah untuk murid-murid di SK Karakit Banggi yang telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara, Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) dan Pejabat Daerah Kecil Banggi bertempat di Rumah Rehat Kerajaan di sini pada Khamis lepas.

"Jesteru, adalah diharapkan kepada penduduk yang bernasib baik menerima sumbangan ini agar dapat menghargainya dengan memberikan sokongan dan dokongan kepada kerajaan hari ini, supaya sumbangan sedemikian akan berterusan sekiranya kepercayaan menerajui pemerintahan oleh rakyat pelbagai lapisan dapat diberikan pada masa hadapan,'' kata Mijul yang baru sepenggal menjadi Adun Banggi.

Katanya, sumbangan pakaian seragam dan kasut sekolah kepada murid-murid sekolah rendah di negeri Sabah adalah merupakan pemberian kerajaan yang hanya dilakukan di negeri ini; yang disalurkan melalui kontrak kepada KOSAN bagi pihak Yayasan Sabah serta Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi KOSAN, Haji Ghulabdin Enjih; Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon pantai Barat Utara, Sabrin Sindan; Guru Besar SK Karakit Banggi, Zakeria Awang Damit; Setiausaha KOSAN, Golubi Guntarek; Pengurus Besar KOSAN, Haji Junian Haji Yunus serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KOSAN terdiri daripada Datuk Haji Baisulkhan Salman Farish; Hassan Mansoor, Marsilius Tiwol dan Gabriel Louban.

Mijul menyatakan dengan adanya sokongan dan dokongan daripada semua pihak secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan ibubapa terutama yang mempunyai anak yang ramai.

Beliau selanjutnya mengambil peluang mengingatkan penduduk di Kawasan Banggi agar sentiasa berwaspada terhadap hasutan pembangkang yang mendakwa kerajaan kurang mengambil berat kepentingan rakyat sedangkan pembangunaan pesat di pulau itu adalah bukti jelas yang rakyat tidak disisihkan, walaupun di mana mereka berada.

''Berdasarkan kepada keperhatinan kerajaan memberikan sumbanan kepada anak-anak kita di sini, maka kita sebagai warga Banggi tidak harus terpengaruh dengan cakap kosong pembangkang yang hanya bertujuan agar rakyat membenci kerajaan; yang berada dalam suasana stabil pada ketika ini,” kata Mijul yang juga Timbalan Pengerusi KO-Nelayan Sabah.

Terdahulu Haji Ghulabdin dalam ucapannya menyeru penduduk di kawasan Banggi supaya terus memberikan sokongan padu kepada Mijul selaku pemimpin muda yang mempunyai daya kepimpinan berpaksikan keikhlasan kerana sejak sepengggal menjadi wakli rakyat di kawasan itu, ternyata dapat membawa banyak kemajuan untuk kepentingan rakyat pada keseluruhannya.

“Keseluruhan kira-kira 1,700 buah sekolah rendah yang mempunyai sekitar 300,000 murid di seluruh Negeri Sabah akan mendapat sumbangan kerajaan berbentuk pakaian dan kasut sekolah pada setiap tahun,” kata Haji Ghulabdin yang jelas menunjukan kerajaan menepati konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan’ yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment