Oleh: NASUTION NAEJEL
TANGGUNG JAWAB kepada masyarakat yang memerlukan bantuan darah khususnya pesakit Thalassemia tertunai sudah apabila seramai lebih 100 penderma tampil kehadapan menderma darah di Hospital Tenom yang diketuai Jamawi Jaafar, yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat.
Sudah pastilah Tabung darah hospital disini yang diketuai oleh Pengarahnya Dr Mohd Ferous Alias merasa lega malah mengucap syukur dan terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan aktiviti kemasyarakatan tersebut.
Selain pihak hospital, pihak penganjur yang diketuai Chin Su Fook merangkumi pergerakan pemuda Umno, Gerakan, Hakka dan anggota RELA turut mengucapkan termi kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah terlibat terutamanya para penderma, para pemimpin masyarakat dan parti parti politik.
Chin menambah, aktiviti tersebut tidak boleh dikatakan lengkap jika para pemberi sumbangan makanan dan minuman tidak turut tampil untuk menyumbang minuman kesihatan daripada Carlsberg Sdn Bhd Kota Kinabalu dan Bestamar Tenom.
Dalam pada itu, Jamawi Jaafar, Pegawai Khas kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan selaku Penaung kepada aktiviti kemasyarakatan itu turut mengucapkan sekalung budi kepada para penderma dan juga para penyumbang minuman dan makanan pada majlis tersebut.
Sebelum aktiviti menderma darah bermula, Pengarah Hospital di sini Dr Freous memberikan taklimat ringkas kepada para penderma berhubung kesan yang ditanggung oleh pihak penderma selepas menderma di mana seseorang penderma akan bertambah sihat selepas itu selain status darahnya dapat dikesan dan dianalisis kesihatannya oleh pihak berwajib (Hospital).
No comments:
Post a Comment