Monday, 18 April 2011

SIAPA LINDUNGI NIRWANA ACADEMY GROUPS?



Saudara Pengarang,

NIRWANA Academy Group of Colleges terdiri daripada Nirwana Institute, Kuala Lumpur, Windfield International College, Kuala Lumpur, Nightingale International College, Seremban Aseana College, Kota Kinabalu dan Kolej Antarabangsa Etika, Seremban.

Sebelum ini, IPTS di bawah Nirwana Academy Group of College pernah disiasat bagi kes berkaitan pasport pelajar, pengurusan HEP, PTPTN, pemasaran pengiklanan, pengurusan akademik dan pengubahsuaian premis tanpa kelulusan. Walau bagaimanapun, kes–kes tersebut telah selesai diambil tindakan oleh BPI.

Bagi tahun 2011, kes yang diterima melibatkan pengubahsuaian premis tanpa kelulusan dan masalah pengurusan yang masih dalam siasatan.

Berkenaan dengan kes aduan Nirwana Academy Group of Colleges yang melibatkan pengambilan pelajar antarabangsa secara tidak sah dan berfungsi sebagai one stop agency untuk pekerja–pekerja asing, BPI akan mengambil langkah seperti berikut :

(a) Memulakan penyiasatan dan risikan terhadap kolej–kolej di bawah Nirwana Academy Group of College selewat–lewatnya pada awal bulan Februari 2011.

(b) BPI akan menjalankan tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terhadap kolej–kolej di bawah Nirwana Academy Group of College bagi mendapatkan maklumat lengkap terhadap pengambilan pelajar antarabangsa secara tidak sah.

BPI telahpun memaklumkan JIM mengenai aduan ini untuk mendapatkan tarikh operasi bersama.

Sekian, terima kasih,

VANAJA

No comments:

Post a Comment