Thursday 28 July 2011

APA ‘UNDERTAKER’ BUAT DI SANDAKAN?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

TRIO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih popular daripada Trio ‘Datuk T’ kerana Suruhanjaya DiRaja mendapati Teo Beng Hock membunuh diri setelah disoalsiasat secara agresif sehingga SPRM menggantung tugas Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim; namun membenarkan dua lagi pegawai SPRM, Mohamad Anuar Ismail dan Ashraf Mohd Yunus menjalankan tugas biasa tetapi dihalang menyoal siasat saksi.

Tetapi apa Mohamad Anuar Ismail yang mendapat jolokan ‘The Undertaker’ buat di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 25 Julai 2011 kerana Sabahkini.net berjaya mengesan kelibat beliau yang datang ke Sandakan melalui Penerbangan Malaysia MH2706 pada 24 Julai 2011 bersama dua rakan setugas beliau untuk menghadiri perbicaraan ‘The Untouchable Michael Chia’?

Mohd Anuar menaiki penerbangan kelas ekonomi dan duduk di bangku 21F, manakala rakan sekerjanya Yuhafis Mohd Salleh (21E) dan Mohd Sahrilfa Arbain duduk di bangku 21C penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sandakan.

Kehadiran Mohd Anuar menarik minat Sabahkini.net kerana kes Micheal Chia Tien Foh telah tertangguh beberapa kali dan kali ini pertuduhan ke atas Michael Chia telah dipinda lagi.

Mengikut kertas pertuduhan asal, Michael Chia telah dituduh dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;

1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'write off';

2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;

3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).

DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;

01) 22 September 2004 RM100,000

02) 10 Disember 2004 RM 20,000

03) 10 Disember 2004 RM 10,000

04) 14 Disember 2004 RM 400,000

05) 11 Mac 2005 RM 100,000

06) 16 Mac 2005 RM 80,000

07) 22 Mac 2005 RM 100,000

08) 23 Mac 2005 RM 100,000

09) 18 April 2005 RM 40,000

10) 13 Mei 2005 RM 80,000

11) 14 Mei 2005 RM 60,000

12) 01 Julai 2005 RM 20,000

13) 13 Julai 2005 RM 50,000

14) 21 Julai 2005 RM 150,000

15) 29 Julai 2005 RM 100,000

16) 09 Ogos 2005 RM 150,00

17) 15 September 2005 RM 450,000

18) 15 November 2005 RM 150,000

19) 16 November 2005 RM 25,000

20) 24 November 2005 RM 15,000

Tetapi pada 25 Julai 2011, Kertas Pertuduhan telah dipinda seperti berikut;

That you, with common intention, in June 2004 at the District of Sandakan, in the State of Sabah, did attempt to cheat Dato' Agus bin Hassan from Syarikat Peluamas Sdn Bhd by deceiving him into believing that there were three conditions that had to be fulfilled in order to obtain the letter concerning the log operation of Coupe BW12/02:Extraction and Purchasing of Commercial Timber at Hutan Simpan Kalabakan, Sabah, namely :

i. To surrender back the purchase of 100,000m3 of logs signed on 25 May 2004 to Rakyat Berjaya Sdn Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd, a subsidiary company of the Yayasan Sabah as a write off;

ii. To pay RM3 million for purpose of political fund for the Parti UMNO Sabah, and

iii. To pay commission of RM25.00 per m3 basis to be charged on the logs excavated by Syarikat Peluamas Sdn Bhd at Gunung Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe)

and you thereby attempted to dishonestly induce Dato' Agus bin Hassan through Chong Siak Nyen to deliver a Power of Attorney dated 22 June 2004 that has given the purchasing of 100,000m3 of logs, allegedly to a company owed by the Parti UMNO Sabah and pay RM2.5 million allegedly for Parti UMNO Sabah's political fund, and thereby you have committed an offence punishable under section 420 Penal Code read together with section 34 and 511 of the Penal Code.

Persoalannya kenapa SPRM menggantikan nama Chong Siak Nyen kepada Dato’ Agus Bin Hassan dan meminda pertuduhan sehingga umum melihat ada ‘Tangan Ajaib’ sedang mengatur perbicaraan ini menjadi ‘Mahkamah Kangaroo’ demi menyelamatkan Michael Chia dan UMNO!

9 comments:

  1. harap kes Michael Chia dapat diselesaikan dengan adil.

    ReplyDelete
  2. Masih lagi takda penghujung kes ni. hhmm..

    ReplyDelete
  3. Semoga kebenaran dapat dibongkar dalam kadar segera. Biar semua tahu apa yang sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  4. Diharapkan penjelasan akan dibuat mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  5. Yang lain, kita tunggulah pendedahan lanjut daripada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  6. kes ini kenalah dibicarakan dgn adil dan saksama.

    ReplyDelete
  7. Teruskan usaha mencari kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
  8. tunggu sajalah sehingga kes ini selesai...

    ReplyDelete
  9. ada la tu tugas dia datang ke sandakan..

    ReplyDelete