Friday 29 July 2011

HASILKAN BANYAK KARYA BERMUTU



Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PARA sasterawan dan karyawan tempatan khususnya penulis muda, mestilah menjadi pemangkin pembangunan negara dengan menghasilkan lebih banyak karya-karya yang kreatif dan bermutu untuk mencetus pembangunan minda.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, kematangan golongan sasterawan dengan menghasilkan tulisan dalam pelbagai bidang pembangunan negara seperti sains teknologi dan teknologi maklumat (IT) dapat membantu proses kematangan generasi berkenaan.

Katanya, tulisan-tulisan sedemikian juga dapat menimbulkan semangat dan kekuatan kepada generasi mendatang supaya lebih tabah dan berani dalam menghadapi dugaan dan rintangan masa akan datang.

''Sasterawan perlu bijak menghasilkan penulisan yang bukan sahaja berkisar tentang kehidupan masyarakat tetapi juga menghasilkan karya yang mencatat pembangunan dan kemajuan semasa bangsa dan negara,'' katanya ketika berucap merasmikan Sidang Penulis Muda Sabah di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom seterusnya berkata, golongan itu juga sepatutnya menghasilkan lebih banyak karya mengisarkan sejarah bangsa dan negara sendiri supaya ia dapat memandu generasi akan datang dalam mencapai dan mengekalkan kejayaan yang dikecapi sekarang ini menurut beliau penting kerana ada usaha pihak tertentu mengenepikan perjuangan tersebut hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka.

Untuk itu, katanya, karya penulis muda yang telah dihasilkan pada masa ini perlu dicatatkan (dicetak) bagi menghargai sumbangan penulis muda menyuburkan bidang kesusteraan tanah air melalui jangkauan pemikiran yang mereka miliki.

''Segala keindahan alam semula jadi, soal perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri, keunikan budaya dan sebagainya juga boleh dijadikan ilham dalam melahirkan kepelbagaian topik dalam berkarya,'' katanya.

Menurutnya, karya-karya seumpama itu penting dalam memberi gambaran jelas kepada masyarakat luar tentang keindahan budaya, adat resam dan juga nilai perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini yang perlu dipertahankan dan dikekalkan bagi memberikan kesedaran tahap keharmonian tersebut perlu dipertahankan pada masa akan datang dalam membina sebuah negara bangsa yang aman makmur dan terus maju.

11 comments:

  1. Hope to see more works from local writers.

    ReplyDelete
  2. Sabah ni banyak penulis yang berbakat bah...cuma kurang pendedahan saja...

    ReplyDelete
  3. Young writers these days need to exposed themselves more in order to create a creative yet informative articles.

    ReplyDelete
  4. Sabahan ni memang betul2 berbakat... Kalau terus digilap rasanya, Sabah pasti akan nampak keajaiban. hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga penulis akan terus berusaha dan menghasilkan karya yang berkualiti.

    ReplyDelete
  6. ramai rkayt Sabah yang sebenarnya berbakat dalam bidang penulisan dan bakat2 mereka ni perlu kita asah.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan saudara Lucas, bukan senang mendapat pendedahan.

    ReplyDelete
  8. karya yang berkualiti akan menjadikan hasil penulisan lebih bermutu.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah pasti..Tambahkan lagi mutu karya sasterawan kita.

    ReplyDelete
  10. gunakan bakat penulisan itu untuk menyumbang kepada bangsa dan negara.. bukannya menyumbang kepada pihak atau kumpulan tertentu..

    ReplyDelete
  11. semoga sasterawan dan karyawan tempatan akan terus menghasilkan karya2 yang kreatif dan bermutu

    ReplyDelete