Thursday 28 July 2011

JABATAN AIR BUANG BERJUTA LITER SEHARI?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat Projek Bekalan Air Kunak kerana Jabatan Air didapati membuang air terawat daripada Tangki Simpanan setiap hari sedangkan penduduk di Kampung Simpang Empat tidak mendapat bekalan air sejak dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net berkata Jabatan Air membuang tidak kurang 4 juta liter air sehari di antara jam 3 hingga 5 petang bagi mengosongkan tangki simpanan untuk mengisi air baru di Kunak.

“Inilah satu kezaliman Kerajaan Barisan Nasional kerana mementingkan kroni yang mendapat projek bekalan air berkenaan iaitu membekalkan air bersih terawat tetapi mengabaikan kepentingan rakyat,” kata Citra yang kesal dengan sikap Adun Kunak dan Ahli Parlimen Silam yang hanya berjanji kosong untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kunak.


SAYANG..... Saban hari air terawat ini dibuang secara sia-sia sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban hidup.

BESAR....Bayangkan paip yang boleh memuat tubuh manusia mengeluarkan air selama dua atau tiga jam sehari?

HANTU....Inilah 'Projek Hantu' yang sedang dilaksanakan melalui NKRA BALB bernilai RM16 juta.

Kata Citra, pembayar cukai yang melalui ‘Lebuhraya’ Kunak-Tawau terkejut kerana begitu banyak air dibuang setiap hari daripada dua tangki simpanan berdekatan Kampung Cenderawasih dan membuat aduan rasmi kepada Angkatan Muda PKR.

Tidak ada sebab munasabah yang dapat diberikan Jabatan Air berhubung isu yang memalukan ini kata Citra menyebabkan beliau menghubungi Sabahkini.net untuk menghebahkan kecurangan Jabatan Air ini agar dapat diambil tindakan segera.

“Hentikan segera pembaziran ini dan SPRM wajib siasat segera kenapa air dibuang sedangkan banyak kampung di Kunak kering kontang,” ujar Citra yang menggesa agar Jabatan Air menubuhkan unit khas kerana pembuangan air terawat daripada tangki simpanan berlaku di seluruh Sabah seperti di Tenom, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kudat.

Melalui pemantuan berterusan PKR kata Citra, pihaknya mendapati projek Bekalan Air Tingkayu yang bernilai RM16 juta yang digelar ‘Projek Hantu NKRA’ kerana tidak mempunyai sebarang papan tanda projek sedang dilaksanakan sekarang, apatah lagi kerja-kerja memasang paip dilakukan oleh Sub-Kontraktor tanpa kawalselia Juruperunding atau kakitangan Jabatan Air.

Citra turut menggesa Kerajaan Persekutuan mengkaji semula Projek NKRA Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kerana dilaksanakan secara tidak telus, apatah lagi Menteri KKLW mementingkan kroni dan kontraktor yang tidak berpengalaman dan tidak berkelayakan mendapatkan tender BALB di seluruh Sabah.

Sehubungan itu, Citra menggesa rakyat Kunak agar menolak BN pada pilihanraya umum akan datang kerana gagal menjaga kebajikan rakyat dan bertindak sebagai lintah darat dengan memangsakan rakyat sebagai cara mencipta kekayaan peribadi.

10 comments:

  1. sangat membazir.kenapa air tersebut dibuang begitu saja sedangkan ada kawasan2 yang mengalami masalah air?

    ReplyDelete
  2. perkara ini harus disiasat dan diselesaikan dengan segera. kepentingan rakyat jangan diabaikan.

    ReplyDelete
  3. Aiks biar betul??? Ini baru namanya membazir!

    ReplyDelete
  4. Semoga perkara ini dapat disiasat dan ditanggani dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Sayang melihat air dibuang begitu sahaja sedangkan begitu banyak rakyat yang masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih.

    ReplyDelete
  6. Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik, jangan membiar air itu dibazirkan seperti itu.

    ReplyDelete
  7. daripad air utu dibazirkan dan dibuang, lebih baik salurkan ia pada penduduk.

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya sumber air bersih tidak patut dibazirkan.

    ReplyDelete
  9. sebaiknya jika penjelasan berhubung pekara ini diberikan dan penyelesaian segera akan dilakukan.

    ReplyDelete
  10. sebelum menghubungi Sabahkini, kenapa tidak hubungi Jabatan Air terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian? adakah PKR ikhlas menyelesaikan masalah rakyat atau sekadar mencari isu untuk dijadikan bahan kempen?

    ReplyDelete