KENANGAN….Melinda dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup mengabadikan kenangan bersama penerima Bakti Siswa.
Oleh : ROZIE JUMAT
PELAJAR cemerlang di kawasan Parlimen 182 Pensiangan terus dibantu melalui sumbangan kewangan Bakti Siswa yang disumbangkan oleh isteri Kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Puan Sri Melinda Kurup.
Tahun ini adalah tahun ke 4, isteri Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup memberikan sumbangan itu kepada pelajar yang dipilih dari Kawasan N37 Sook dan N.38 Nabawan.
Setiap pelajar diberi RM600 setahun dan sekiranya mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik, sumbangan kewangan bagi galakan pembelajaran itu akan diteruskan.
"Ini adalah cabaran kita kepada pelajar pelajar yang terpilih dari kalangan yang mempunyai keputusan akademik yang baik tetapi serba kekurangan," kata Melinda yang juga Ketua Wanita Bahagian PBRS N.37 Sook.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan derma siswa bakti yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Sook di sini.
Namun katanya, pemilihan untuk mendapatkan Derma Siswa Bakti itu semakin sengit berikutan prestasi akademik di kalangan pelajar di kawasan Pensiangan yang semakin meningkat.
Sumbangan Derma Siswa itu terbuka untuk dipohon dari kalangan pelajar di kawasan P182 Pensiangan yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan PMR dan SPM.
semoga sumbangan kewangan tersebut dapat meningkatkan lagi semangat para pelajar untuk belajar lebih tekun dan bersungguh-sungguh.
ReplyDeletesumbangan seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang.
ReplyDeletesumbangan kewangan bagi galakan pembelajaran itu memang patut diteruskan.
ReplyDeletesyukur kerana dengan adanya bakti siswa ini dapat meningkatkan pencapaian akademik di kawasan berkenan, ini bererti derma siswa tersebut perlu ditambah lagi.
ReplyDeleteSatu sumbangan yang sangat baik bagi membantu pelajar cemerlang menyambung pembelajaran mereka.
ReplyDeletesumbangan ini boleh dijadikan sebagai pendorong untuk pelajar lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
ReplyDeletelagi bagus jika sumbangan dibuka kepada semua pelajar tanpa mengira kedudukan ekonomi ibubapa masing2.
ReplyDelete