Friday 22 July 2011

‘JOM HEBOH’ ADAU JANANG GAYUH



MEMPELAWA……Lajim (tengah) bersama barisan Naib-Naib Presiden PBBS dari kanan Haji Asmat Japar, Haji Roslan Muharam, Tarawi Rukut Edris Alis dan Saridah Datuk Mohd Dun mempelawa orang ramai hadir ke sambutan Adau Janang Gayuh kali ini.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

JIKA anda tidak mempunyai sebarang aktiviti pada 23 Julai hingga 24 Julai (Sabtu dan Ahad) ini, marilah beramai-ramai memeriahkan Sambutan Adau Janang Gayuh (hari Kebesaran bagi Masyarakat Bisaya) bertempat di Tapak Tamu Pekan Beaufort.

Sambutan dua hari itu adalah anjuran Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang menyajikan pelbagai acara yang cukup menarik di mana sambutan kali ini dianggap lebih menyerlah dengan sambutan sebelumnya yang dibuat julung kalinya sambutan ini mendapat pengiktirafan dari kerajaan negeri dan merupakan salah satu acara yang telah disenaraikan dalam kalender pelancongan negeri Sabah.

Antara program menarik disediakan termasuk pentas hiburan Pentarama yang turut diserikan dengan penampilan beberapa orang artis yang diundang khas dari Kuala Lumpur juga turut diserikan dengan penampilan artis tempatan.

Selain Sambutan Adau Janang Gayuh yang menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan dalam kontek Gagasan 1 Malaysia sambutan ini juga turut menjadi pentas bagi masyarakat luar mengenali sosiobudaya masyarakat Bisaya melalui pesta makanan tradisional, sukan tradisional dan pertandingan Ratu Dang Insum bagi kanak-kanak.

Antara acara yang turut menjadi tumpuan pada sambutan kali ini juga ialah pertandingan mengapun (memansing) di sungai Padas dan pertandingan begumbang (lumba Perahu) sesuai dalam usaha menonjolkan sungai Padas sebagai pusat aktiviti riadah yang baru.

Yang Dipertua (PBBS) Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang mencetuskan idea bagi sambutan Adau Janang Gayuh ini berkata masyarakat bisaya perlu mengambil peluang dan bersama-sama menjayakan sambutan perayaan ini akan menjadi plafrom bagi masyarakat Bisaya lebih dikenali di persada dunia melalui penonjolan adat dan budaya masyarkat tersebut dalam setiap program yang diadakan.

Katanya, sambutan ini juga dapat memberi ruang kepada usahawan Bisaya mempromosi produk masing-masing.

LUMBA KERBAU…Antara acara yang mendapat perhatian orang ramai ke sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini.

Sehubungan dengan itu katanya masyarakat Bisaya perlu kreatif dan berinovatif dalam menghasilkan produk masing-masing untuk dipamerkan sekali gus dijual kepada pengunjung yang datang ke sambutan tersebut.

“Bila kita mampu mempamirkan sesuatu yang menarik, unik dan berkualiti ia akan menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk hadir ke pesta ini dan ini dengan sendirinya mampu merangsang industri pelancongan khususnya di daerah ini dan dalam masa yang sama boleh menyumbang kepada sumber pendapatan masyarakat Bisaya,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sambutan yang bermula sejak awal Julai lepas juga turut diadakan di peringkat Zon iaitu Zon Klias, Lumadan, Kuala Penyu dan Kota Kinabalu.

Majlis perasmian sambutan Adau Janang Gayuh kali ke 8 dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman ini pada pagi 23 Julai sementara Majlis Penutupannya dijangka akan dilakukan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato Seri Utama Dr.Rais Yatim pada petang 24 Julai dan seterusnya pada sebelah malamnya turut diadakan persembahan Kebudayaan yang akan mempamerkan pelbagai budaya masyarakat Bisaya.

Lajim menjemput orang ramai khususnya penduduk di kawasan ini dan sekitarnya supaya mengunjungi sambutan berkenaan.

12 comments:

  1. Sounds interesting. Hope that everything goes smoothly for the PBBS.

    ReplyDelete
  2. This is a good event to promote the Bisaya ethnic culture.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada free time boleh juga pergi tengok.

    ReplyDelete
  4. Aktivity seperti ini bagus untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara bangsa bisaya dengan bangsa lain. Selain itu aktiviti sepeerti ini juga akan menarik pelancong untuk turut serta.

    ReplyDelete
  5. Golongan muda harus mengambil bahagian kerana mereka yang akan mewarisi perayaan ini. Jika tidak ada penglibatan dari golongan muda, maka akan pupuslah perayaan ini.

    ReplyDelete
  6. ini program yang menarik disamping dapat kita memahami budaya masyarakat setempat...

    ReplyDelete
  7. sambutan ini dilihat agak menarik, pasti ia meriah.

    ReplyDelete
  8. Satu usaha yang baik dalam mempromosikan masyarakat Bisaya. Semoga ia mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya sambutan ini mendapat pengiktirafan dari kerajaan negeri dan merupakan salah satu acara yang telah disenaraikan dalam kalender pelancongan negeri Sabah. Tahniah!

    ReplyDelete
  10. Mari kita ramai-ramai datang adau janang gayuh ini. Mesti syok program kalau meriah.

    ReplyDelete
  11. Sambutan Adau Janang Gayuh kali ke-8 ni sudah pasti lebih meriah lagi. semoga masyarakat Bisaya dapat memahami makna sebenar perayaan ini dan biarlah sambutan ini akan memupuk perpaduan pelbagai kaum di negeri Sabah khususnya.

    ReplyDelete
  12. kalau banyak promosi dan pendedahan, pasti sambutan terhadap Adau Janang Gayuh ini lebih menggalakkan dimasa2 akan datang.

    ReplyDelete