Wednesday, 20 July 2011

KENAPA PATI DIMANJA DAN DIPUJA?



Saudara Pengarang,

SAYA ingin bercerita sedikit berhubung rakyat Malaysia dari Semenanjung yang datang ke Sabah untuk bertugas atau berniaga diperlukan memohon ‘Pas Lawatan’ atau ‘Pas Kerja’ untuk membolehkan mereka tinggal lebih lama di Sabah.

Ramai kawan saya yang dari Semenanjung Malaysia telah tinggal di Sabah melebihi 20 tahun. Ada di kalangan mereka telahpun mendirikan rumahtangga dengan orang Sabah dan antara mereka ini telah ‘menjadi’ orang Sabah kerana mereka membesar di sini dan bukan di Semenanjung Malaysia.

Anehnya, mereka perlu ada Permit Kerja yang perlu diperbaharui setiap tahun untuk terus berada di Sabah. Mengapa? Bila mereka tinggal lebih tempoh di Sabah, mereka perlu membeli tiket penerbangan yang menunjukkan mereka keluar dari Sabah dan minta cop di Imigresen.

Adakah mereka ini (orang Semenanjung Malaysia) akan disaman, didenda, dipenjara atau tidak lagi dibenarkan datang ke Sabah jika mereka tinggal melebihi tempoh di Sabah?

Ada seorang kawan saya dari Kuala Lumpur tinggal di Sabah selama lebih 25 tahun. Sekarang berniaga di Kota Kinabalu. Setelah memohon dan menunggu selama sembilan tahun, barulah beliau diluluskan taraf ‘Penduduk Tetap Sabah’ yang membolehkan beliau mendapat kad pengenalan Sabah yang mempunyai huruf 'H' di MyKadnya dan tidak lagi perlu memohon permit kerja.

PATI macam mana pula? Saya sering terbaca di Sabahkini.net dan juga akhbar tempatan bahawa ada sindiket mendaftar PATI menjadi rakyat Malaysia. Kenapa rakyat Sabah membiarkan perkara ini terjadi? Rakan mereka dari Semenanjung Malaysia disekat, tetapi sebaliknya PATI dimanja dan dipuja?

Salam Hormat,

WARGANEGARA KELIRU

No comments:

Post a Comment