Tuesday, 19 July 2011

ANUGERAH RM300,000 BUAT RAIS YATIM


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.

Sharpshooter - Sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan 3 muka surat Migrant Care yang menyebut berulang-ulang kali nama rais yatim. Rais sepatutnya saman Migrant Care kalau dia anak jantan.

Sharpshooter diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada rais yatim namun sharpshooter tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika sharpshooter mohon maaf secara terbuka..akan ada tuduhan "berapa ribu sharpshooter terima duit dari Rais Yatim untuk minta maaf" .

Walau bagaimana sharpshooter akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan..

9 comments:

  1. Bloggers should be more careful of what they post on their blogs.

    ReplyDelete
  2. The media control is very strict in Malaysia. Unlike in Western countries.

    ReplyDelete
  3. Hhhmm, inilah padahnya bila jemari bergerak tanpa memikirkan kesannya. huhu

    ReplyDelete
  4. Appaun, jadikan hal ini sebagai pengajaran dan berwaspadalah dalam segala hal.

    ReplyDelete
  5. ini harus menjadi pengajaran agar tidak menyiarkan sebarang maklumat yang berunsur fitnah.

    ReplyDelete
  6. inilah akibatnya memfitnah orang lain. sebagai blogger, janganlah salah guna media untuk memburuk dan memfitnah orang lain.

    ReplyDelete
  7. Lawan tetap lawan akhirnya RM300k Rais dapat dengan senang. Terima Kasih kepada Amizudin Ahmat.

    ReplyDelete
  8. beraninya blogger ni menulis fitnah terhadap Rais. harap lain kali berhati2 bila menulis cerita tentang seseorang,sertakan bukti sekali.

    ReplyDelete
  9. jangan cuba alihkan kes ini dengan menyebut Migrant Care.. pihak yang mengambil itu tanpa menyiasat kesahihan isu tersebut wajar menanggung risiko..

    ReplyDelete