Oleh : HAFIZ JAMAIL
UPKO Kinabatangan dijangka bergolak ekoran krisis kemimpinan bahagian berkenaan yang semakin meruncing setelah berpecah kepada beberapa kelompok dan menuding jari antara satu sama lain.
Kemungkinan ini disahkan sendiri oleh Naib Ketua Bahagian UPKO Kawasan P.187 Kinabatangan, Edham Karim yang mengakui sudah tidak serasi dengan UPKO kerana pergeseran dalaman.
Edham tidak menolak kemungkinan akan membawa 300 pengikutnya menyertai PKR dalam masa terdekat kerana mereka sudah bosan dengan kepimpinan Wakil Rakyat Kuamut yang sering berjanji kosong hendak membantu rakyat, tetapi kroni terlebih dahulu diutamakan.
“Permasalahan bahagian UPKO sepatutnya dibincang dalam suasana yang harmoni, tetapi Ketua Bahagian kami tidak memperdulikan jawatankuasanya, bahkan rakyatpun di abaikan,” kata Edham.
Dalam pada itu, Ketua UPKO Kinabatangan, Masiung Banah gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau berhubung dakwaan Edham.
diharap permasalahan UPKO Kinabatangan dapat diselesaikan dengan perbincangan.
ReplyDeletejika ada sebarang permasalahan yang berlaku ianya patut diselesaikan dengan bersemuka dan berbincang.
ReplyDeletemasalah projek tu...yb tak bagi makan orangnya, atau orang ni terlebih meminta
ReplyDeleteberbincang dan carilah jalan penyelesaikan bagi setiap masalah yang ada.
ReplyDeleteAla ini cuma khabar angin saja. Setahu saya UPKO di Kelabakan berada dalam keadaan yang ok saja pun. Tidak ada pergolakkan yang berlaku.
ReplyDeleteselepas krisis kepimpinan UPKO ini didedahkan oleh media, pasti selepas ini keadannya lebih meruncing.. itupun kalau benar berlaku krisis kepimpinan dalam UPKO..
ReplyDelete