Saturday 30 July 2011

JALAN PEARSON ATAU JALAN PERASAN?



TINJAU…. Alex Wong bersama-sama dengan ahli-ahli DAP Kudat semasa membuat tinjauan keatas jalan Pearson pagi tadi.

Oleh : MEDIA DAP KUDAT

PENGGUNA jalanraya di Kudat amat kesal di atas kelambatan pembaikpulihan jalan Pearson di daerah ini yang telah memakan masa begitu lama kerana sepatutnya disiapkan pada Oktober 2009.

Dalam usaha mencari jawapan tentang masalah tersebut, Jabatan Kerja Raya Kudat memberi penjelasan bahawa jalan Pearson dijangka dapat dibaikpulih sekitar jangkamasa seminggu lagi; malangnya jangkamasa itu juga tercicir.

Menurut Ketua Bahagian DAP, Alex Wong, beliau terus mengikuti perkembangan jalan berkenaan dan setakat pagi tadi jalan tersebut seperti dibina oleh kontraktor yang baru mempelajari untuk membina jalan.

Didapati juga kontraktor berkenaan juga terlibat dalam pembinaan Jalan Sungai Karang yang amat kontroversi baru-baru ini apabila Timbalan Ketua Menteri, Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membuat lawatan mengejut dan menyatakan kontraktor berkenaan wajib menyiapkan Jalan Sungai Karang dengan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan; jika gagal akan membawa padah bagi kontraktor berkenaan.

Bagi pihak rakyat dan pengguna jalanraya di Kudat, Alex Wong merayu kepada pihak berwajib supaya mencari jalan sesingkat mungkin bagi mengatasi masalah jalan Pearson.

Jalan ini merupakan jalan penting bagi mengelak kesesakan jalan di Kudat di samping digunapakai oleh paraibubapa dan guru-guru yang menghantar dan mengajar di Sekolah Lok Yuk, SK Tun Mustapha, SMK Abdul Rahim, SRJK Hwa Lian dan ST James.

Keluhan orang ramai amat terasa pada kedua-dua musim iaitu kemarau dan hujan. Ketika Hujan debu-debu akan berterbangan ke sekolah-sekolah sekeliling, perumahan Golden Hill dan rumah-rumah persendirian di sepanjang jalan berkenaan.

Apabila hujan pula lubang-lubang dijalan berkenaan akan menakung air yang boleh membahayakan keselamatan pengguna kerana mereka tidak dapat menjangka sama ada takungan air atau lubang-lubang yang wujud di tengah jalan.

Alex Wong menyifatkan kelambatan penyiapan jalan Pearson adalah kerugian besar kepada rakyat oleh kerana pembiayaannya adalah dari wang rakyat; maka itu kerajaan menerusi agensi berwajib harus mengambil langkah segera terhadap pembaikan jalan berkenaan.

No comments:

Post a Comment