SAMPAIKAN….Kurup menyampaikan kit pemeriksaan air kepada peserta Bengkel Rakan Alam Training For Trainers bagi sekolah yang terpilih sebagai galakan untuk menjalankan River Rangers di sekolah masing-masing. Turut kelihatan Haji Abdul Razak Manaf, PengarahJabatan Alam Sekitar, Sabah.
Oleh : ROZIE JUMAT
SEBANYAK lapan buah sekolah di kawasan P.182 Pensiangan terlibat dengan ‘Program Flagship Sekolah Lestari’ di bawah Program Rakan Alam Sekitar (RAS) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Keningau, Sabah.
Program tersebut merupakan satu usaha masa depan yang sangat penting dan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap isu-isu alam sekitar.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup berkata, untuk mencapai sasaran tersebut kerajaan percaya bahawa laluan terbaik adalah dengan memberikan perhatian kepada golongan muda khususnya di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Beliau berkata demikian di majlis Perasmian Penutupan Bengkel Training-For-Trainers Rakan Alam Sekitar Peringkat P.182 Pensiangan yang dihadiri oleh guru-guru dari lapan buah sekolah yang terpilih.
Bengkel Rakan Alam Sekitar (Training For Trainers) Parlimen Pensiangan merupakan aktiviti perintis di bawah kendalian Rakan Alam Sekitar (RAS) yang berlandaskan kepada usaha untuk menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar
“Golongan muda mempunyai tahap keprihatinan dan sifat ingin tahu yang tinggi terhadap keadaan sekeliling inilah yang perlu digilap, dibimbing dan digunakan dengan baik dan positif,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen 182 Pensiangan.
Namun kata Kurup, program itu bukanlah bertujuan untuk menambah tekanan atau bebanan kepada tugas dan tanggungjawab seorang guru pada masa kini.
Ini kerana kata Kurup banyak komponen dari program itu boleh dijadikan sebahagian dari bahan mengajar yang secara tidak langsung didedahkan dengan elemen sains, biologi, kimia, skil menulis laporan dan keusahawanan.
Objektif utama bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan secara ‘hands-on’ kepada guru-guru yang terlibat secara langsung di dalam melaksanakan program Sekolah Lestari di sekolah masing-masing
Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) di bawah program Corporate Responsibility (CR) mereka.
Bengkel selama 2 hari itu juga turut berkongsi pengalaman kejayaan daripada pemenang Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar Malaysia dari Pengetua Cemerlang SM St. Micheal (Penampang), demonstrasi membuat enzim dan aktiviti lapangan ‘Hands on River Rangers’ di Sungai Ambual.
Lapan buah sekolah di kawasan Pensiangan yang terlibat dengan program itu ialah SK Salinatan, SMK Nabawan II, SK Ambual,SMK Tulid, SMK Sook, SK Sinaron Tengah, SJKC Cheng Ming dan SK Binakaan.
Lapan buah sekolah ini juga turut menerima sumbangan cek sebanyak RM2,500 bagi setiap sekolah untuk menjalankan aktiviti kesedaran dan pendidikan alam sekitar di sekolah masing-masing.
semoga program ini diperluaskan lagi di sekolah2 seluruh Sabah agar tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap isu-isu alam sekitar dapat dipertingkatkan.
ReplyDeleteCintailah alam sekitar. hehehe.
ReplyDeleteHarap program sebegini dapat diteruskan demi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu alam sekitar.
ReplyDeleteteruskan program seperti ini dan pastikan ia mencapai matlamatnya.
ReplyDeletePastikan kebersihan sungai dijaga. Kerana itulah sumber harian kita.
ReplyDeleteprogram seperti ini adalah baik dan perlu diperluaskan lagi.
ReplyDeleteyup.. tepat sekali.. golongan pelajar memang perlu sentiasa didedahkan dengan isu2 alam sekitar.
ReplyDelete