Friday, 29 July 2011

‘MIPAKAT TOKOU KUMAKAT’ JATIDIRI BISAYA



TIBA…Ketibaan Joseph Salang disambut oleh Lajim bersama Haji Roslan dan Isnin dengan kalungan selendang dan juga tengkolok Bisaya pada majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SETELAH dinobatkan sebagai acara rasmi kerajaan dan dimasukkan dalam kalender pelancongan Sabah, Sambutan Adau Janang Gayuh kali ke lapan tahun ini yang berakhir minggu lepas mendapat sambutan menggalakkan, bukan sahaja di kalangan masyarakat Bisaya namun turut melaibatkan masyarakat lain termasuk pelancong asing.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, edisi kelapan Sambutan Adau Janang Gayuh kali ini menjanjikan pelbagai acara unik, menarik yang telah memukau kepada setiap pengunjung.

Ini diakui sendiri oleh pengasas sambutan ini yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang menganggarkan tidak kurang dari 60,000 orang pengunjung pada sambutan kali ini yang bermula dari awal bulan Julai termasuk sambutan yang diadakan di peringkat Zon iaitu Zon Lumadan, Klias, Kuala Penyu dan Kota Kinabalu dan terakhir pada kemuncak sambutan yang berlangsung selama dua hari.

“Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan Adau Janang Gayuh semakin popular bukan sahaja sebagai perayaan Hari Kebesaran masyarakat Bisaya namun turut dikongsi kemeriahannya oleh masyarakat lain termasuklah pelancong asing yang hadir menyaksikan acara yang kita adakan sepanjang sambutan kali ini dan ini sekali gus turut merancakkan sektor pelancongan di negeri ini,” katanya semasa ditemui di majlis penutupan Sambutan Adau Janang Gayuh baru-baru ini.

Majlis penutupan sambutan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, yang mewakili Menterinya, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan turut dihadiri lebih dari 10,000 orang yang menyaksikan upacara penutupan yang penuh gilang-gemilang dan warna-warni melambangkan perpaduan kaum dalam Semangat 1 Malaysia

TERTARIK… Joseph yang diiringi oleh Lajim Isnin serta barisan AMT PBBS cukup tertarik dengan persembahan kulintangan sejurus tiba di majlis tersebut.

Antara acara-acara menarik yang diadakan ialah Mebosi (lumba Perahu), pertandingan (Megampun) memancing di Sungai Padas, Lumba Kerbau, Ratu Dang Insum pesta makananan tradisional serta sukan rakyat

Turut diadakan persembahan kumpulan muzik tradisi, majlis perkahwinan olok-olok masyarakat Bisaya persembahan nyanyian, persembahan kebudayaan pelbagai kaum di daerah ini.

Acara yang mendapat perhatian ialah pertandingan Mebosi (lumba perahu) di Sungai Padas dan juga lumba kerbau.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan turut mengesahkan pertandingan Mebosi sebagai satu acara yang akan diteruskan pada sambutan akan datang dan untuk itu katanya, usaha untuk menambahbaik prasarana di sungai Padas khususnya di lokasi pertandingan berhampiran Jambatan Beaufort akan dipertingkatka; terutama sebagai lokasi utama pertandingan dan ini sekali gus menjadikan Sungai Padas sebagai daya tarikan baru untuk aktiviti riadah.

Beliau juga turut mengakui pada penganjuran kali ini mungkin terdapat kelemahan dan kekurangannya, bagaimanapun akan diperbaiki pada sambutan akan datang, termasuklah membuka penyertaan agar lebih ramai masyarakat setempat dan luar dapat menyertainya di samping menyediakan hadiah-hadiah yang lebih menarik dan lumayan.

“Oleh kerana perayaan ini sudah bertaraf negeri dan merupakan aktiviti tahunan dalam kalender pelancongan negeri usaha untuk menambahbaik acara, penyertaan, hadiah juga usaha memperomosikan sambutan ini akan kita perhebatkan pada masa akan datang,” katanya.

MEBOSI….(lumba Perahu) di Sungai Padas antara acara yang menarik perhatian orang ramai ke sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini.

Walaupun ada cakap cakap sama ada sembang di kedai-kedai kopi dan juga di Halaman Sosial (FB) yang memberikan persepsi negatif terhadap sambutan ini, terutama yang beranggapan hanya untuk kepentingan peribadi dan mempopularkan individu tertentu.

Namun kata Lajim, tanggapan tersebut tidak berasas sama sekali kerana Sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini yang bertemakan ‘Mipakat Tokou Kumakat’ (Sepakat Kita Maju) berjaya mencapai matlamatnya, bukan sahaja dalam melestarikan tahap perpaduan kaum dalam kontek 1 Malaysia namun ianya dapat mengangkat mertabat masyarakat Bisaya, antara entnik di negeri ini yang bersatu padu dan kaya dengan budaya dan adat resamnya.

Sambutan ini boleh ditonjolkan sebagai produk pelancongan dan ini sekali gus mampu menjadi penyumbang kepada kerancakan industri pelancongan di negeri ini kerana manfaatnya sudah tentu dapat dinikmati oleh rakyat, khususnya suku kaum Bisaya di negeri ini.

10 comments:

  1. Diharapkan sambutan ini akan mencapai tujuan meningkatkan perpaduan kaum dan memupuk semangat 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Harap Sambutan seperti ini juga akan menarik minat pelancong supaya dapat memajukan industri pelancongan kita.

    ReplyDelete
  3. Pesta2 mcm ini patut dibuat lagi kerap....bukan apa, supaya generasi muda dapat kenal budaya mereka & orang lain....terbuka sikit tu fikiran huhu...

    ReplyDelete
  4. pesta seperti ini amat baik dalam mempromosikan kebudayaan dan mengeratkan perhubungan.

    ReplyDelete
  5. Sambutan yang perlu diteruskan buat sekarang.

    ReplyDelete
  6. Ini barulah best... Sabah juga lah yang paling unik :)

    ReplyDelete
  7. Harap sambutan ini dapat diteruskan bagi mempromosikan keunikan Sabah sekaligus jadi tarikan pelancong.

    ReplyDelete
  8. pesta ini dapat memperkenalkan lagi kebudayaan yang ada dan mampu menjadi tarikan ramai.

    ReplyDelete
  9. Inilah keunikan rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. semoga perpaduan terus dipupuk melalui sambutan2 seperti ini.

    ReplyDelete
  10. samada kaum itu kecil atau besar bukanlah sesuatu yang penting untuk dipertimbangkan. yang pentingnya ialah keunikan budaya yang dibawa oleh setiap kaum di negeri ini.. teruskan usaha mempromosikan budaya di sabah..

    ReplyDelete