Friday 29 July 2011

SURAU ‘PPRT’ DI NEGARA ISLAM


SERAH….Shuib menyerahkan sumbangan untuk memperbaiki surau usang kepada penduduk Kg Bukit Belacan Segama Lahad Datu.

Oleh : MEDIA SAPP

“CUKUPLAH rakyat diberikan rumah PPRT, jangan sampai Rumah Tuhan (Surau) juga diberikan Surau PPRT,” ujar Penolong Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP) Datu Shuib Mutalib, ke Segama, Lahad Datu baru-baru ini, sekaligus mendedahkan pekung yang membusuk di dada Kerajaan BN kerana keadaan Surau Kg Bukit Belacan, Segama begitu daif dan mengaibkan.

Beliau menemui penduduk di sana yang mengadu mengenai keadaan surau yang dibina oleh penduduk kampung yang hanya berdindingkan zink yang sudah usang dan berlantaikan tanah kuning yang hanya dilapis dengan tikar plastik.

“Inilah surau yang kelihatan seperti reban ayam sahaja dan merupakan tempat masyarakat beragama Islam menunaikan ibadah dan tempat anak-anak mereka mengikuti dan mempelajari ajaran Islam,” kata Shuib yang hampir menitiskan air mata melihat kezaliman Wakil Rakyat BN terhadap penganut agama Islam.

Menurut penduduk kampung, rayuan telah dibuat kepada pihak berkenaan supaya membantu atau membina surau yang lebih selesa untuk keperluan rakyat di kawasan tersebut, tetapi malangnya pemimpin yang sampai ke kawasan ini hanya suka menabur janji-janji kosong!

Ditanya bagaimana rakyat disini merancang untuk menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba?

“Di surau usang inilah tempat kami menunaikan solat tarawih dan ibadah-ibadah yang lain…” kata seorang penduduk yang menyahut dengan nada kecewa.

Rakyat di kawasan tersebut berterima kasih kepada Shuib yang datang membuat lawatan dan beramah mesra dengan mereka dan seterusnya menghulurkan sumbangan untuk memperbaiki peralatan yang perlu ditukar.

Sehubungan itu, Shuib, merayu kepada Kerajaan dan Wakil Rakyat Lahad Datu khasnya, untuk mengambil berat terhadap permintaan rakyat berdasarkan konsep slogan PM, 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

10 comments:

  1. SAPP hands money to villagers?

    ReplyDelete
  2. surau yg usang tersebut hrus diperbaiki.

    ReplyDelete
  3. Government better fix this problem if they want the support from the people when election day comes.

    ReplyDelete
  4. Ini barulah namanya sindiran. Kalau masih takda tindakan memang bikin hairan.

    ReplyDelete
  5. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajaranya :)

    ReplyDelete
  6. Berhati-hati, SAPP. Ini mungkin boleh dilihat sebagai rasuah, terutamanya bila PRU dah hampir.

    ReplyDelete
  7. Ini bukan rasuah dan sebagainya. Ini adalah sumbangan ikhlas untuk membantu pembinaan masjid yang usang dikampung ini.

    ReplyDelete
  8. harap surau tersebut akan diperbaiki agar penduduk dapat menunaikan ibadat dengan lebih selesa.

    ReplyDelete
  9. saya rasa selepas isu ini mendapat perhatian media dan ahli2 politik, pasti ada tindakan dipihak yang bertanggungjawab untuk memenuhi kekurangan di kampung tersebut.

    ReplyDelete
  10. janji2 yang sudah ditabur sepatutnya ditunaikan. pasti isu ini akan mempengaruhi sokongan penduduk pada pilihanraya nanti.

    ReplyDelete