Monday 25 July 2011

TM GLC TERBAIK!


LAJU....Raimi menunjukkan kelajuan Streamyx selepas penambahbaikan.

Oleh : MUTALIB M.D

TELEKOM diakui sebagai GLC terbaik di Sabah kerana bertindak pro-aktif sebaik sahaja menerima aduan dan menyelesaikan masalah kurang daripada 24 jam selepas aduan disiarkan melalui Sabahkini.net.

Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raimi Unggi ketika menghubungi Sabahkini.net memberitahu bahawa operasi Streamyx kembali pulih selepas kenyataan beliau disiarkan di Sabahkini.net.

“Tindakan bestari Telekom mengesan dan memperbaiki segera kesilapan mereka dalam masa pantas wajar diberikan penghargaan kerana sejak lebih setahun lalu banyak aduan diterima dan saya hanya mengetahui cara untuk membuat semakan kepantasan talian, mendapati kejadian capaian yang rendah tidak sepatutnya berlaku,” ujar Raimi gembira kerana semakan rambang beliau mendapati majoriti pengguna telah berpuas hati.

Tegas Raimi, pada masa beliau membuat aduan melalui Sabahkini.net, Streamyx di rumahnya hanya 180 kbps, namun beliau terkejut kerana belum sampai 24 jam aduan disiarkan di Sabahkini.net, kelajuan Streamyx di rumahnya telah meningkat daripada 180 kbps kepada 1089 kpbs untuk muat turun dan muat naik 343 kbps.

PERLAHAN.... Capaian Streamyx di Tenom terlalu perlahan iaitu 180 kbps pada 21 Julai 2011.

Sabahkini.net, Streamyx di rumahnya hanya 180 kpbs, namun beliau terkejut kerana belum sampai 24 jam aduan disiarkan di Sabahkini.net; kelajuan Streamyx di rumahnya telah meningkat daripada 180 kbps kepada 1089 kpbs untuk muat turun dan muat naik 343 kpbs.

GLC atau Jabatan lain, kata Raimi, sewajarnya mencontohi kecekapan Telekom meningkatkan mutu perkhidmatan mereka sesuai dengan Piagam Pelanggan mereka bagi memastikan Sabah mencapai Wawasan Negeri Maju 2015.

Sementara itu, Pengurus Besar Telekom Sabah, Sukkuriya Masri, ketika dihubungi berkata pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih di atas teguran membina Raimi dan sentiasa mengalu-alukan cadangan pembaikan dan aduan daripada para pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Telekom.

“Baru-baru ini kita melakukan upgrading backhaul. Baru kena fine tune. Jadi kita telah Berjaya tambah kelajuan tiga kali ganda,” ujar Sukkuriya yang dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Semakan Sabahkini.net melalui talian Wifi di Hotel Perkasa Tenom mendapati kelajuan yang sama dengan di rumah Raimi, 180 kbps sebelum ini telah melonjak kepada 1808 kbps iaitu meningkat 10 kali ganda.

No comments:

Post a Comment