Friday, 29 July 2011

REBUT PELUANG JADI USAHAWAN



TAHNIAH…Japlin menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta yang menyertai program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

RAKYAT perlu memberanikan diri untuk menceburi bidang keusahawanan yang ternyata mampu memberi pulangan lumayan kepada mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur, Datuk Japlin Haji Akim berkata golongan rakyat perlu merebut peluang terbabit demi melahirkan lebih ramai usahawan dan majikan terutama di kalangan orang Melayu dan bumiputera.

Menurut beliau bidang keusahawanan masih kurang diterokai terutamanya golongan muda dan berkelulusan memandangkan mereka lebih gemar makan gaji berbanding menjadi majikan sendiri.

“Kita perlu berfikir di luar kotak kerana kebanyakan daripada kita setakat berpuas hati dengan taraf pekerja makan gaji walhal bidang keusahawanan jika kita laksanakan secara serius menjanjikan pendapatan yang lumayan,” katanya semasa berucap menutup Program Juara Rakyat Bulan Ekonomi dan Keusahawanan di Kota Belud, kelmarin.

Beliau berkata, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, mereka harus mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang yang diceburi.

Menurut Japlin yang juga Wakil Rakyat Usukan, penyertaan rakyat khususnya di luar bandar dalam bidang keusahawanan dilihat selari dengan matlamat kerajaan yang mahu memastikan orang Melayu menguasai bidang ekonomi di samping mengurangkan kadar kemiskinan.

"Kita tidak mahu bidang keusahawanan ini hanya dimonopoli oleh sesetengah pihak tanpa kita bersama-sama merebut peluang yang terbuka luas di depan mata," katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan menerusi pelbagai agensi sentiasa menyalurkan khidmat nasihat dan pembiayaan untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang tersebut, justeru rakyat perlu memanafaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan ini khusus meningatkan taraf sosia ekonomi mereka seharian.

13 comments:

  1. Peluang ada di depan mata, rebutlah.

    ReplyDelete
  2. Mereka yang berminat boleh mendapat nasihat dan pinjaman daripada agensi kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Bah peluang sudah depan mata...jangan lagi ada pihak yg kata kerajaan tak bantu...kerajaan bantu, rakyat saja tak sedar...

    ReplyDelete
  4. perniagaan memberikan pulangan yang tinggi...namun, pinjaman sukar diperolehi terutama mereka yang baru menceburi bidang perniagaan dan tidak mempunyai pekerjaan..seharusnya syarat2 pinjaman harus dilonggar bagi golongan ini agar memudahkan mereka..ramai yang berminat tapi susah mendapat pinjaman dari mana2 bank atau institusi2 yang berkaitan.

    ReplyDelete
  5. kerajaan byk memberi bantuan pinjaman untuk para usahawan melalui MARA, TEKUN, PUNB dan byk lagi. kmita harus gunakan peluang ini untuk memceburi bidang keusahawan.

    ReplyDelete
  6. bidang keusahawanan memang sangat bagus tapi ramai yang takut menceburi bidang ni sebab takut berhadapan risiko. lagipun individu tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

    ReplyDelete
  7. Selagi peluang ada, gunakanlah sebaik mungkin. Lagipun ia utk kebaikan juga. hehe

    ReplyDelete
  8. Semoga kerajaan akan membantu dan guide golongan yang mahu jadi usahawan berjaya :)

    ReplyDelete
  9. Owning a business means you need to be risky. So take risk!

    ReplyDelete
  10. Venturing in business can make a lot of money. When there is opportunity given, take it.

    ReplyDelete
  11. Peluang dimana-mana pun ada cuma perlulah usaha lebih untuk berjaya.

    ReplyDelete
  12. mereka yang berminat untuk menjadi usahawan bolehlah meminta bimbingan dan nasihat daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

    ReplyDelete
  13. ramai yang berminat tapi tidak tahu bagaimana memulakannya.. kerajaan memang ada menyalurkan khidmat nasihat dan pembiayaan, tapi melalui apa? bagaimana mahu berurusan?

    ReplyDelete