Sunday 31 July 2011

ADUN BUGAYA 'PINNOCHIO' CIPTAAN SABAH!



Saudara Pengarang,

KE MANA perginya janji ADUN Bugaya, Datuk Ramli Marhaban @ 'Pinnochio Sabah' bagi mengatasi masalah air di Kampung Bugaya dan kampung-kampung di sekitarnya seperti kampung Indani dan sebagainya.

Untuk pengetahuan pembaca Sabahkin.net batang paip di kampung Bugaya dan kampung-kampung sekitarnya sudah ditukar sebanyak tiga kali, namun masalah bekalan air terus menghantui penduduk di kampung-kampung terlibat.

Penukaran yang terbaru bernilai RM25 juta, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan oleh warga kampung Bugaya yang kini menderita kerana tidak mempunyai bekalan air bersih, apatah lagi dalam keadaan menyambut Ramadhan dalam kering-kontang.

Bagi mengatasi masalah bekalan air ini penduduk-penduduk kampung Bugaya terpaksa membeli bekalan air dari seorang penjual air dengan harga RM 70 untuk 2 tangki. Paling yang menyedihkan, penjual air ini mengambil bekalan air dari sumber paip hak milik jabatan air Semporna dan dijual kepada penduduk-penduduk yang memerlukan.

Penduduk sedar dan tahu tentang hal tersebut, namun apakan daya penduduk memerlukan air untuk diminum dan terpaksa merelakan hal ini berlaku. Cuba kita bayangkan di mana hak dan keistimewaan kita sebagai penduduk asal daerah Semporna!

Salam Hormat,

GENERASI REFORMASI

No comments:

Post a Comment