Tuesday 26 July 2011

BEKALAN AIR MUNGKIN TERGENDALA 18 BULAN?



Saudara pengarang,

Penduduk Kg.Simpang Empat di Kunak tidak dapat bekalan air bersih sejak kelmarin apabila kerja-kerja memasang paip baru oleh kontraktor terlibat sedang dijalankan bermula di kilometer 6 Jalan Kunak-Lahad Datu ke kawasan Mukim Madai pada Ahad (25 Julai 2011).

Difahamkan, projek menambah sistem paip dan tangki simpanan air sedang dalam perlaksanaan yang mengambil masa selama 18 bulan untuk siap.

Kerisauan oleh penduduk yang tinggal di sana mula timbul apabila bekalan air bersih diputuskan sejak ahad dan tidak pernah diperoleh sehingga Isnin.

Seandainya tempoh perjalanan ‘projek itu (18 bulan) digunakan’ untuk menghentikan penyaluran bekalan air ke Kg.Simpang Empat dan kawasan sekitar yang sebelum ini mendapat bekalan air bersih; maka penduduk mungkin menghadapi krisis air yang teruk, berbanding sebelum ini kerana tidak seteruk yang dihadapi sekarang.

Jurutera Jabatan Air Daerah dan pihak konsesi pembekal air bersih di Kunak, LDWS (Lahad Datu Water Supply) Pekah Sdn.Bhd perlu mengambil langkah berkesan memastikan sistem penyaluran bekalan air ke Kg.Simpang Empat tidak diberhentikan langsung ketika projek 18 bulan itu sedang dilaksana.

Salam hormat,

IBRAHIM TABIR

Setiausaha Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Kg.Simpang Empat, Kunak.

No comments:

Post a Comment