LANCAR…Kelihatan Lajim diiringi oleh Kimjus, Haji Roslan dan pemimpin masyarakat setempat membuat samburan air yang dibekalkan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat sebagai simbol permulaan program tersebut.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
MASYARAKAT digesa lebih prihatin terhadap kebersihan di kawasan kediaman bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes yang membawa demam denggi.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, masyarakat harus memainkan peranan penting dalam usaha menghalang penularan jangkitan demam maut itu.
"Peningkatan Kes demam denggi setiap tahun amat membimbangkan kerana kempen yang dibuat oleh kerajaan tidak diendahkan oleh masyarakat yang menganggap demam denggi tidak merbahaya.
"Orang ramai diminta agar lebih peka dalam isu ini kerana demam denggi boleh membawa maut," katanya selepas merasmikan program Local Agenda 21 Gotong Royong Perdana Sempana Sambutan Adau Janang Gayuh ke 8 di Beaufort, kelmarin.
Turut hadir Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim; Naib Presiden PBBS Haji Roslan Muhaharam; Setiausaha Agung PBBS Awang Anak Sani serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, gotong-royong tersebut di bawah Program ‘Local Agenda 21’ kementerian beliau akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya demam denggi.
"Objektif gotong-royong adalah untuk melahirkan komuniti bebas aedes dan sekali gus membina persepsi bahawa tugas membanteras denggi merupakan tanggungjawab bersama," katanya.
Tambahnya, objektif program Local Agenda 21 antara lain mengwujudkan semangat kerja berpasukan antara komuniti setempat bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan sahaja dari aspek perancangan pembangunan namun turut melibatkan aspek sosial dan kesihatan.
sememangnya amalan gotong-royong menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
ReplyDeleteAmalkan sikap menjaga kebersihan demi kepentingan bersama.
ReplyDeleteamalan menjaga kebersihan harus kita senmaikan dalam diri bagi mencegah penularan penyakit.
ReplyDeleteBenar, pastikan kawasan ada dalama keadaan yang bersih. Pastikan tidak ada air bertakung bagi pembiakan nyamuk. Jagalah kebersihan demi kesihatan anda sekeluarga.
ReplyDeletepersekitaran yang bersih akan membantu menjamin kesihatan kita.
ReplyDeletekalau malas bergotong royong pun sekurang2nya jaga la persekitaran rumah sendiri. bukan hanya untuk keselamatan keluarga sendiri, malah untuk keselamatan jiran tetangga.
ReplyDelete