Saudara Pengarang,
PADA 27 julai lalu TV3 menyiarkan kenyataan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Khalid Yusuf yang memberi amaran kepada Sindiket Penyeludupan bahawa Labuan adalah contoh terbaik cara beliau membanteras semua kegiatan penyeludupan.
Kami Penduduk Labuan sangat kecewa atas komen beliau seolah-olah Labuan adalah syurga penyeludupan di Malaysia. Kami ingin bertanya, adakah Khalid tahu bahawa banyak negeri di Malaysia yang bukan bertstatus bebas cukai paling banyak menyeludup rokok, minuman keras, daging dan sayap ayam beku tanpa permit, barang letrik dan jubin dari luar negara, kereta import ‘under declare’ dan sebagainya.
Aktiviti penyeludupan terbesar di Malaysia ialah Sarawak dan taukeh sindiket penyeludupan terkenal juga orang Sarawak? Oh!, ya kami lupa kerana Ketua Pengarah Kastam juga orang Sarawak.
Mungkin kerajaan Malaysia terpaksa sambung khidmat beliau dua tahun lagi untuk menghiburkan hati penduduk Ssarawak kerana orang Sarawak yang ‘bertuhankan Rasuah’ pun boleh menjadi Ketua Pengarah di sebuah Jabatan Penguatkuasa terpenting di Malaysia.
Kami juga faham bahawa sarawak adalah ‘fixed deposit’ BN tetapi kami rasa ini adalah satu lagi kesilapan besar BN.
Kami tidak nafikan penyeludupan di Labuan tapi penyeludupan di Sarawak dan Kota Kinabalu lagi hebat kerana masuk melalui pintu hadapan dan keluar pintu hadapan pelabuhan. Mustahil Khalid tidak tahu?
Siapa itu taukeh Thomas dan Tauke Goh di Bintulu? Bukankah mereka rakan kongsi dan kroni beliau? Siapa itu Tauke Niu di Kota Kinabalu? Bukankah nama sebenar Tauke Niu ialah Kelly Tan?
Siapa pemilik berdaftar Utusan Trading Dan Sunrise? Kenapa syarikat tersebut semakin hebat membekal minuman di Sabah setelah labuan dijaga ketat? Kenapa minuman keras yang dijual di Miri, Sibu, Kuching, Bintulu dan Limbang begitu murah; seolah-olah lokasi tersebut pulau bebas cukai?
Sehubungan itu, kami mendesak SPRM membuat siasatan di lokasi yang kami sebutkan di sini. Betul atau tidak dakwaan kami kelak harus dimaklumkan kepada Perdana Menteri. Kami sayangkan PM dan Kerajaan BN. Kami tidak mahu Kerajaan BN tumbang pada PRU 13 akan datang kerana gara-gara pegawai kerajaan atasan dan wakil rakyat yang menyalahguna kuasa dan rasuah sehingga imej kerajaan BN rosak.
Di sini, kami, penduduk Labuan ingin mencabar Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Khalid Yusuf mengadakan satu sesi perjumpaan bersama pelanggan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada masa yang terdekat.
Kami ada berapa persoalan yang ingin ditanyakan kepada beliau dan kami juga akan menyediakan sebuah Kitab Suci Al-Quran dan mempelawa semua warga Malaysia hadir sebagai saksi kerana kami akan minta setiap soalan yang kami tanya beliau dan sebelum beliau menjawap, beliau wajib menjunjung Al-Quran sebelum menjawap dengan disaksikan rakyat Malaysia dan tiga orang imam yang akan kami bawa dari Sabah.
Beliau boleh tetapkan masa dan tarikh melalui Sabahkini.net dan kami penduduk dari Labuan dan Sabah akan menghadapi beliau di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Soalan yang kami akan tanya beliau ialah :
1. Selama beliau berkhimat di KDRM, pernahkan tidak beliau menerima rasuah dan menyalahguna kuasa?
2. Adakah benar beliau langsung tidak kenal siapa Tauke Goh dan Thomas; membantu melepaskan kapal kargo yang membawa minuman dan rokok yang dicekup oleh Polis Marin berapa tahun lepas?
3. Adakah benar beliau tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada penyeludup kayu balak yang menyeludup keluar dari Asian Supply Base Labuan dan pada masa itu Ketua Pengarah Kastam Labuan ialah Hj Salleh?
4. Adakah beliau tidak pernah diberikan ‘pelacur’ oleh sindiket penyeludupan di hotel ternama atau tidak pernah terlibat dalam Skandal Seks?
5. Adakah beliau tidak pernah membeli atau memiliki sebarang aset di luar negara menguna duit haram yang beliau dapat selama bekerja dengan Jabatan Kastam?
Beberapa soalan cepumas akan kami kemukakan pada masa perjumpaan di Dataran Merdeka pada bila-bila masa yang beliau tetapkan dan harap semua pemberita, TV3, Astro, Malaysiakini dan juga Sabahkini.net datang membuat liputan secara langsung supaya dapat membuktikan Ketua Pengarah Kastam Malaysia adalah yang terbaik di dunia dan TIDAK KORUP!
Salam hormat,
HJ.MATASAN & PEGAWAI PENCEN
Hope that explanations will be made.
ReplyDeletekita hrus banteras rasuah kerana ia adalah punca masalah dan kejatuhan sesebuah negara.
ReplyDeleteLabuan adalah contoh terbaik cara membanteras semua kegiatan penyeludupan?? Tolong berpijak di bumi yang nyata. Ini bukan realitinya.
ReplyDeleteKegiatan rasuah dan penyeludupan masih berleluasa. Pegawai Kastam yang buat laporan ini betul kah tidak oh?
ReplyDeleteI hope SPRM will conduct an investigation on the areas that were mention.
ReplyDeleteRasuah memang harus dibanteras jadi semua masalah yang timbul sennag nak atur. huhu
ReplyDeleteHarap hal ini dapat diperjelaskan sebelum ia menimbulkan salah faham sehingga mencetuskan ketegangan.
ReplyDeleteMemanteras rasuah perlulah bermula dari diri setiap individu.
ReplyDeleteCari bukti kukuh juga mengatakan Ketua Pengarah Kastam bersalah? Cuba cari.
ReplyDeleteharap penjelasan akan diberikan. usaha untuk membanteras rasuah perlu sentiasa dilakukan.
ReplyDeleteperkara ini harus disiasat dengan segera.
ReplyDeletejika tidak ada jawapan dari Khalid Yusuf atau menolak pelawaan ini, memang betullah beliau bersalah..
ReplyDelete