Saudara Pengarang,
PERKARA di atas diharap menjadi perhatian kepada yang berkenaan. Minta penjelasan terbuka dan telus serta penglibatan SPRM Putrajaya untuk menyelesaikan isu tender pagar di Klinik Kesihatan Lahad Datu.
Saya di antara kontraktor yang menyertai tender berkenaan dan ada beberapa lagi penender yang tidak puas hati dengan cara pemilihan yang di buat oleh Pegawai Kesihatan Lahad Datu, Dr Hj Adlan.
Kami memohon kerjasama Pengarah Kesihatan Sabah untuk memanggil semula tender berkenaan kerana persoalannya kenapa dan mengapa ada nilai tender yang rendah tidak dapat; sedangkan syarikat yang tidak tahu modal kewangan dan tidak lengkap dokumen boleh terpilih?
Adakah pegawai ini bersubahat dengan orang bernama Peter Voon? Syarikat Mawai kontraktor adalah syarikat yang tidak mampu. Pemilik lesen ini telah mengalibabakan lesen kepada bangsa Cina.
Di manakah orang Bumiputera yang sepatutnya menjalankan projek? Berapa peratuskah pegawai ini mendapat komisen daripada Peter Voon? Kami amat dukacita dan berasa marah.
Sehubungan itu, kami memohon agar Pengarah Kesihatan Sabah menyelidik dan menyelesaikan segera kes ini kerana kami akan pastikan SPRM menjalankan tugas mereka untuk mengheret pegawai yang tidak amanah dan kontraktor yang menawarkan rasuah sebagai cara memperoleh kontrak.
Tidak perlulah SPRM Tawau masuk campur kerana SPRM Cawangan Tawau bersahabat dan bersubahat dengan pegawai ini. Kami minta SPRM dari Putrajaya yang turun padang kerana kami tidak berpuas hati.
Harap Sabahkini.net dapat menyiarkan isu penting ini dan menyampaikan kepada Pengarah Kesihatan Negeri bahawa kami ditindas oleh Pegawai Bumiputera sendiri.
Salam Hormat,
DS-KONTRAKTOR BERKELAYAKAN
No comments:
Post a Comment