Tuesday, 26 July 2011

NOVALAB 1KONTRAKTOR KPM



Saudara pengarang,

SAYA ada mengikuti perkembangan projek pembinaan sekolah di Sabah yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya dapati semua (hampir semua) kerja-kerja bekalan dan pemasangan perabot makmal telah diberikan kepada Novalab Sdn Bhd yang berasal dari Semenanjung Malaysia.

Persoalan saya, adakah dari beratus/beribu kontraktor di Sabah ini satu pun tidak layak untuk dilantik oleh KPM menjalankan kerja pembekalan dan pemasangan perabot makmal ini?

Atau adakah seseorang yang berkuasa di KPM atau pun Menteri Pelajaran sendiri mempunyai kepentingan dalam perlantikan syarikat Novalab Sdn Bhd ini? Bukankah dalam kontrak kerajaan mengutamakan pembekal/pengilang tempatan supaya ekonomi di negeri tersebut mendapat impak ekonomi dari kontrak pembinaan sekolah ini.

Saya tidak percaya di Negeri Sabah tidak terdapat bahan untuk membuat perabot makmal tersebut.

Saya ada juga menyelidik, pihak Novalab sendiri telah melantik sub-kon untuk memasang perabot makmal ini menunjukkan terdapat kontraktor Sabah yang mampu melaksanakan kerja-kerja ini tanpa perlu ‘MENGIMPORT’ Novalab dari Semenanjung Malaysia.

Jika Menteri Pelajaran betul-betul ingin membantu melonjak ekonomi Sabah, sepatutnya tidak perlu melantik Novalab Sdn Bhd dari Semenanjung ini untuk melaksanakan kerja bekal dan pasang perabot makmal di sekolah di Sabah.

Orang awam tentu dapat menilai tentu terdapat 'mainan' atau 'kepentingan' seseorang dalam KPM supaya Novalab Sdn Bhd menyapu bersih kerja pemasangan perabot makmal di semua projek sekolah di Sabah dan mungkin di seluruh 1Malaysia.

Diharap pihak SPRM jangan membutakan mata dan menulikan telinga. Sila buka fail dan siasat. Tidak guna tukar jadi SPRM kalau perangai masih ditakuk lama. Bagus jadi BPR saja.

Saya mengucapkan selamat datang kepada SUB (Pembangunan) KPM yang menjalankan tugas rasmi sejak kelmarin hingga rabu dan berharap jika Sabahkini.net dapat ‘menyerbu’ beliau di Jabatan Pelajaran Sabah dan bertanyakan kemusykilan saya.

Salam Hormat,

KONTRAKTOR KELAS KUDA

No comments:

Post a Comment