Wednesday 27 July 2011

BELIA PERLU MILIKI PARADIGMA BARU



SERAH...Japlin ketika menyerahkan bendera kepada Ketua Expedisi sebagai simbol pelancaran program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PEMBANTU Menteri Pembangunan Insfrastruktur, Datuk Japlin Haji Akim menegaskan, golongan belia perlu mempersiapkan diri dengan paradigma baru yang mementingkan pemikiran lebih kreatif, inovatif dan konstruktif.

Menurut beliau, paradigma baru ini mempunyai kaitan dengan masa depan belia negara kerana ia dapat membantu golongan itu menjayakan Gagasan 1 Malaysia dan juga proses tranformasi ke arah Negara maju.

‘‘Paradigma baru ini menuntut belia bukan sahaja mempunyai pendidikan kemahiran tetapi pemikiran lebih kreatif, inovatif, konstruktif kerana ia berupaya menjana perubahan yang lebih besar.

‘‘Bila ada perubahan dan kejayaan besar, orang terpaksa menghormati kita dan perkara ini perlu ada dalam perjuangan belia sekarang serta keinginan mahu mencapai kejayaan lebih hebat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Usukan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Expedisi mendaki bukit Bonggol Persatuan Belia Pirasan dan Rekreasi di kampung Pirasan, Kota Belud, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Belud Mohd.Mustazar Bundah; Pemaju Masyarakat Usukan Haji Mancu Kulah dan Pengerusi KRT Pirasan Haji Duyuk Tahir

Katanya, paradigma baru ini juga mewajibkan golongan belia melakukan tranformasi bagi mempelajari sesuatau yang baru apabila sesuatu yang dipelajari serta diketahui sebelum ini sudah ketinggalan zaman.

‘‘Kalau kita ingin kekal mempunyai pekerjaan, maka perlu ada kemahiran yang dipertingkatkan pada setiap masa memandangkan zaman sekarang jaminan pekerjaan sepanjang hayat itu hanya boleh diberikan apabila mempunyai kemahiran baru setiap masa,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Japlin juga turut menekankan akan kepentingan semangat Patriotik di kalangan belia dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia dengan tidak mengenepikan nilai perpaduan sebagai eleman penting menjadikan golongan belia lebih memahami peranan serta sumbangan mereka terhadap pembangunan bangsa, agama dan negara.

“Sebagai pemimpin pelapis yang akan meneruskan proses kepimpinan negara ciri-ciri ini penting diterapkan di kalangan golongan belia bagi melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa bagi meneruskan agenda pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Program yang dianjurkan oleh Belia Pirasan itu banyak memberikan manfaat dalam usaha mendidik kaum belia setempat agar memiliki daya juang yang tinggi bagi menghadapi cabaran semasa, di samping mampu menjadi wadah sebagai pemangkin kepada budaya kerja berpasukan.

No comments:

Post a Comment