Friday 22 July 2011

JANGAN JADIKAN TENOM ‘THE LOST WORLD’



Oleh : MUTALIB M.D

TELEKOM Malaysia wajib mengembalikan rebet kepada pengguna kerana mengingkari kontrak yang ditandatangani bersama pengguna yang menggunakan perkhidmatan Streamyx di Tenom berkuatkuasa serta merta.

Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi membuat gesaan demikian ketika ditemui Sabahkini.net selepas Perasmian Seminar ICT Penjawat Awam Pedalaman Atas di Taman Pertanian Sabah, Lagud Seberang, Tenom, kelmarin.

“Kenapa Telekom Malaysia mengenakan caj yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan? Pengguna berhak untuk menerima perkhidmatan jalur lebar terbaik di Tenom sebagaimana yang dijanjikan Telekom. Tetapi apa yang pengguna terima begitu mendukacitakan,” ujar Raime yang menjelaskan bahawa pengguna di Tenom hanya menerima telur ayam daripada ayam yang dijanjikan di dalam kontrak.

Tegas Raime, Pengguna di Tenom sewajarnya mendapat perkhidmatan internet 1Mbps, sebaliknya berdasarkan semakan beliau menggunakan Speedtest yang disediakan di Laman Web Telekom Malaysia dan laman bebas, kelajuan internet di Tenom hanya 180 kpbs.

“Akibat tindakan tidak professional Telekom Malaysia, Kerajaan BN telah ditohmah sebagai ‘Penipu’ dan ‘Pencuri’ wang rakyat. Yang terkena tempiasnya kami wakil Rakyat BN yang terpaksa memberi penjelasan dan membasuh dosa Telekom Malaysia,” ujar Raime.

Sehubungan itu, Raime menggesa agar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim mengambil tindakan proaktif bagi menambah baik kelajuan dan pakej perkhidmatan yang ditawarkan.

“Ketika Timbalan Menteri, Datuk Joseph Salang Gandum menyerahkan Note Book 1Malaysia di Tenom baru-baru ini beliau menjanjikan kemudahan capaian internet yang lebih baik dan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan jalur lebar yang sedia ada, tapi senarionya masih mengecewakan,” tegas Raime yang meminta satu mekanisme semakan dilakukan untuk menyelesaikan isu ini.

Kata Raime, daripada maklum balas para pelancong yang mengunjungi Tenom dan pengguna internet tempatan, mereka kecewa kerana berada di luar capaian dan mengambil masa berjam-jam untuk menghantar email atau memuat-turun atau memuat-naik bahan multimedia ke internet.

“Saya tidak mahu Tenom digelar ‘The Lost World’ dalam zaman Multimedia setelah memiliki keretapi Indiana Jones ketika Malaysia berada di era ERL atau Keretapi laju,” ujar Raime dengan nada sinis.

10 comments:

  1. TM should charge consumers based on what was agreed.

    ReplyDelete
  2. Hope that the boradband and Internet connection coverage can be more thorough and faster especially in the rural areas.

    ReplyDelete
  3. Haaa ini memang tugas Rais Yatim. Silakan Rais berikan komen anda berhubung isu ini. Jangan pula libatkan individu lain dalam hal ini kerana ini sememangnya dibawah jagaan anda.

    ReplyDelete
  4. Kes ini seperti kes astro yang mana mengenakan caj tidak setimpal dengan perkhidmatan.

    ReplyDelete
  5. perbaikilah mutu perkhidmatan jalur lebar di Sabah.

    ReplyDelete
  6. kualiti perkhidmatan jalur lebar di Tenom perlu ditingkatkan lagi.

    ReplyDelete
  7. Telekom Malaysia perlu menepati kontrak yang ditandatangani. perkhidmatan jalur lebar perlu diperbaiki dan caj yang dikenakan biarlah setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan.

    ReplyDelete
  8. bagusla ko ada connection lagi...ada orang lain tiada apa2 connection lagi o bro!..

    ReplyDelete
  9. Sabah masih dalam pembangunan jalur lebar. Maka kita jangan jangka kelajuan buat masa sekarang ini. Sedangkan di kota kinabalu sendiri kadang-kadang mengunakan broadband pun masih mengalami yang sama. Jadi diharap bersabarlah buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  10. kalau tahu perkhidmatan tu lembab jangan la charge mahal2.. biasanya syarikat2 yang gairah mengaut keuntungan macam ni tidak akan dengar nasihat atau kritikan pihak lain. kerajaan perlu masuk campur terutamanya Rais Yatim.

    ReplyDelete