BINCANG...Dato Sri Nasir (dua kiri) berbincang sesuatu dengan Sainuri Yahmin (dua kanan) sebelum majlis perasmian Seminar Dakwah Islam Agama Risalah ‘Mempersatu Fikrah Memperkasa Dakwah’ ABIM di Kota Kinabalu.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
TUGAS menyampai Risalah Agung telah bermula sejak zaman anbiya dan jika dilihat kepada sirah para nabi, usaha dakwah telah dilaksana dengan strategik serta membawa impak yang besar sehingga ke zaman ini, setelah umat Islam terus berkembang menjadi sutau kumpulan majoriti pada masa hadapan dan merentasi batas sempadan dan bangsa; serta agama Islam telah diterima sebagai sistem kehidupan yang unggul.
Sesungguhnya, implikasi daripada usaha dakwah yang berterusan dan konsisten, akhirnya membawa kepada kesejahteraan seluruh umat manusia dengan mesej Rahmatan Lil A’lamin, yakni agama yang mampu membawa rakhmat kepada seluruh alam.
Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Dato’ Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menjelaskan apabila umat manusia memahami agenda kehidupan sebenar mereka, maka mereka akan menghayati dan mengamalkan segala syariat Allah SWT dan meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Yang Maha Pencipta.
Oleh yang demikian katanya, kita sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta wajib menyerahkan diri kita kepadaNya dan mengakui akan keEsaanNya dengan sekecil usaha menunaikan segala perintahNya serta menjauhi larangan-laranganNya.
Nasir yang juga Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, berkata demikian sempena merasmikan Seminar Dakwah: Islam Agama Risalah sempena Ijtima Haraki Pertama Wadah dan ABIM Negeri Sabah di Dewan Besar DBP Cawangan Sabah.
Nasir berkata, kita seharusnya bersyukur kerana negara kita telah membuktikan bahawa sistem kehidupan bukan sahaja boleh digunakan oleh umat Islam dan untuk orang Islam semata-mata tetapi juga oleh golongan bukan muslim turut memperolehi lebih manfaat menggunakan sistem itu.
Katanya, ini adalah kerana Islam itu adalah sebenar-benar Ad-Din meliputi segala asperk kehidupan, dari perkara remeh kepada perkara yang rumit.
"Islam membawa penyelesaian kepada kehidupan manusia melalui Risalah Agung yang disampaikan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW menerusi kitab suci Al-Qur’an nul-Karim dan al-hadith yang menjadi panduan utama kepada kehidupan manusia.”
Seminar anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah dengan Jabatan Ketua Menteri; JAKIM Cawangan Sabah; DBP Cawangan Sabah; SEDCO; YADIM Zon Sabah; USIA; WADAH Negeri Sabah itu dihadirisama Prof.Madya Dr.Hj.Kasim Hj.Mansur, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMS; Prof.Emeritus Dato’ Dr.Osman Bakar, Timbalan CEO Institut Antarabangsa Pengajian Lanjutan Islam Malaysia (IAIS); DR.Abdullah Bade, YDP ABIM Sabah; Haji Sainuri Hj.Yahmin, Pengerusi WADAH Sabah; Setia Perhubungan MJKM, Shamsolo Baharry Kairin dan Setiausaha Sulit MJKM, Haji Yahamad Budin.
PALUAN GONG...Dato Sri Nasir(bersongkok) sambil disaksikan Sainuri(kiri) dan Dr.Abdullah(dua kiri) sempena majlis perasmian Seminar Dakwah anjuran ABIM di DBPC Sabah,Kota Kinabalu.
Nasir berkata, melihat kepada sejarah Islam di Alam Melayu, Kesultanan Melayu telahpun mengamalkan sistem kehidupan Islam dan bernegara dalam segenap ruang kehidupan dan pentadbiran meliputi apek politik, sosial, ekonomi, kehakiman, teknologi dan sebagainya dimana hingga masa kini sistem kehidupan Islam telah membawa kesejahteraan kepada seluruh umat khususnya kepada masyarakat Malaysia.
Nasir menjelaskan, dari aspek sosial dan nilai moral, kerajaan komited membenteras gejala rasuah dan salah laku yang sebenarnya bertentangan dengan nilai Islam dan moral seseorang manusia kerana berlaku ketidakadilan dan penindasan.
Katanya, Islam mendidik kita untuk menjadi insan yang amanah dan berintegriti dalam semua aspek, bertanggungjawab dalam seluruh perkara kerana pada akhirnya nanti kita akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan.
"Usaha-usaha seumpama itu adalah sama dengan tujuan dakwah itu sendiri," kata Nasir.
Nasir yang juga Naib YDP Usia, menjelaskan perkembangan agama Islam di Sabah dilihat positif dan memberangsangkan dimana telah banyak usaha dakwah dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat di Sabah.
Beliau menambah, penjelasan Datuk Dr.Muhiddin Yusin dalam bukunya, ‘Islam Di Sabah’ menerangkan Islam di Sabah dipercayai ke beberapa kawasan berhampiran Sabah sejak dari abad ke-10 menerusi dakwah pedagang-pedagang Islam dan ini membuktikan Islam telah lama betapak di Sabah.
Sehubungan itu, Nasir menjelaskan kerajaan negeri turut memberi komitmen jitu dengan menggerakkan gerakan dakwah di negeri ini dengan penubuhan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama islam Negeri Sabah (JHEAINS).
"Kerajaan negeri sangat prihatin dengan usaha mengangkat martabat umat Islam dan berharap agar semua pihak terutamanya jabatan-jabatan dan agensi berkaitan dengan pendidikan memainkan peranan dalam memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Islam negeri ini," kata Nasir.
Nasir menegaskan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu dijadikan rakan strategik dalam merancang dan melaksanakan program pendidikan umat Islam negeri ini serta menyelaras program-program dakwah yang telah dan sedang dirancang secara bekerjasama agar membuatkan sinergi demi kebaikan umat islam negeri ini.
Harap2 setiap sasaran dan rancangan tercapai.
ReplyDeleteAll the best.
ReplyDeleteprogram yang dianjurkan adalah baik dan bermanfaat. kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang baik.
ReplyDeleteSemua agama mengajar umatnya untuk menjadi baik. Tetapi seringkali golongan fanatik memesongkan akidah.
ReplyDeleteRakyat juga perlu maju dalam pelbagai aspek termasuklah aspek keagamaan.
ReplyDeleteJangan lalai dengan keseronokan duniawi sehingga terlupa akan kewajipan terhadap agama.
ReplyDeleteSetuju shiro barulah seimbang kan :)
ReplyDeleteSetiap individu perlu mempertimbangkan perkara ini. Saya yakin semua agama mahukan umatnya berbuat baik:)
ReplyDeleteHArap bimbingan agama perlu kepada generasi kita. Jangan abaikan tanggungjawab.
ReplyDeletebimbingan agama perl ada dalam memupuk nilai2 murni dalam diri.
ReplyDelete