Thursday 21 July 2011

PKR BELA HAK ANAK NEGERI DI SERUDUNG



PERINGATAN...Lambang keteguhan penduduk Kg Salampodon Pitas Kudat daripada kezaliman kerajaan BN-UMNO.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : GALUS AHTOI

BAGAI sirih pulang ke gagang atau bagai belut pulang ke lumpur adalah tamsilan yang paling tepat bagi menggambarkan kegembiraan yang tidak terhingga 100 Anak Negeri Sabah yang berjaya mempertahankan hak ‘Tanah Adat’ mereka di dalam ‘Tanah Bergeran’ yang dikeluarkan secara silap oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Buktinya, lapan buah syarikat yang diberikan geran dan hak milik ke atas tanah adat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), gagal untuk mempertahankan tanah tersebut apabila Mahkamah Tinggi Tawau telah memutuskan bagi mengenepikan perintah mahkamah untuk menghalau atau mengusir mana-mana penduduk Kampung Serudung, Kalabakan, Tawau dalam kes yang didengar kelmarin.

Dalam perintah mahkamah yang dikeluarkan kepada syarikat yang ada geran tanah, tetapi tidak boleh mengganggu ataupun mengusir penduduk terbabit yang sudah sekian lama tinggal di atas tanah adat tersebut.

Seorang Aktivitis Masyarakat, Galus Ahtoi yang mengikuti perkembangan kes pembicaraan tuntutan ke atas tanah adat itu menjelaskan, lebih 100 orang pemilik tanah tersebut yang dirampas oleh 8 buah syarikat atas tajaan kerajaan beramai-ramai pergi ke Mahkamah Tinggi Tawau untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.

Kesungguhan mereka melantik Datuk Kong Hong Ming sebagai peguam bela dan peguam cara bagi mewakili 100 orang pemilik tanah, tidak sia-sia kerana telah berjaya memenangi pembicaraan tersebut setelah Mahkamah Tinggi Tawau mengenepikan perintah mahkamah untuk mengusir para pemilik asal daripada tanah terbabit.

Para penduduk terbabit mengucapkan terima kasih kepada Kong di atas kemenangannya dalam kes tersebut, khusus bagi membela dan mempertahankan hak-hak mereka daripada dicabuli oleh ‘Lintah Darat’ iaitu Konglomerat Perladangan yang memporak porandakan hidup mereka selama ini.

GEMBIRA...lebih 500 penduduk Kg Salimpodon Pitas menghadiri majlis kesyukuran.

BERKERUMUN...lebih 100 orang berkerumun di hadapan Mahkamah Tinggi Tawau.

Dalam kes berasingan, pembicaraan ke atas tuntutan tanah adat di kampung Salimpodon Pitas, Kudat oleh Rambilin Bte Ambit juga berjaya menawan semula tanah tersebut daripada jatuh ke tangan perampas tanah adat yang menghalalkan kezaliman di luar tabii dengan bantuan pihak berkuasa.

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan sesiapa saja tidak dibenarkan mengganggu gugat tanah milik Rambilin berkuatkuasa serta merta

Menurut Galus, bagi meraikan kejayaan dalam kemenangan tuntutan tanah tersebut, para penduduk kampung berkenaan telah menganjurkan satu pesta kesyukuran secara besar-besaran dan tetamu terhormat pada majlis tersebut iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka menjemput Anwar kerana telah banyak membantu mereka, terutama Datuk Kong Hong Ming ialah Ahli Majlis Presiden PKR Sabah yang membantu mereka secara sukarela; ketika Peguam BN bersembunyi semasa diminta membantu penduduk kampung berkenaan; atas alasan tidak mahu menentang kerajaan atau bimbang ‘talihayat’ (Lesen Guaman) mereka diputuskan Kerajaan BN.

13 comments:

  1. That's good, keep fighting for the native rights.

    ReplyDelete
  2. All parties whether they are opposition or government should put the people's interest before their own party interests.

    ReplyDelete
  3. Adakah usaha ini hanya dilakukan oleh PKR? Tambah lah lagi kredit PKR, dalam usaha menambat hati rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  4. Rakyat mesti kena pandai menilai, jangan terperangkap dengan hanya 1 kebaikkan yang dilakukan.


    Namun sebelum kes ini di bicarakan di Mahkamah Datuk Musa ada membuat kenyataan:

    Musa sambut baik maklum balas Suhakam mengenai hak tanah adat

    24th June, 2011
    “Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat apabila memperkenalkan sebarang konsep. Sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, yakinlah bahawa keutamaan kita ialah tentang kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

    Bijaklah membuat penilaian.

    ReplyDelete
  5. keputusan yang diperoleh perlu dihormati. setuju dengan elia, setiap orang perlu bijak membuat penilaian.

    ReplyDelete
  6. apapun, tanhiah kepada penduduk yang berjaya mempertahankan tanah adat mereka.

    ReplyDelete
  7. Macam mana kerajaan negeri boleh mebuat kesilapan dalam hal ini? Harus lebih teliti di masa hadapan. Kesilapan sebegini telah menimbulkan kesusahan.

    ReplyDelete
  8. Syabas kepada Datuk Kong kerana menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Harap kejayaan ini tidak dipropagandakan untuk kepentingan pasti pula.

    ReplyDelete
  9. Jadi jangan lupa diri bila sudah berjaya. Rakyat yang membawa kepada kejayaan seseorang. Utamakan kepentingan rakyat seperti tanah adat mereka.

    ReplyDelete
  10. benarkah syarikat2 yang merampas tanah adat penduduk adalah tajaan kerajaan?

    ReplyDelete
  11. Thank god they manage to get what is rightfully theirs.

    ReplyDelete
  12. keep fighting for your rights!

    ReplyDelete
  13. mana2 penduduk kampung yang sedang berhadapan dengan masalah ini masih ada harapan untuk mendapatkan semula hak mereka jika melalui saluran yang betul.

    kerajaan perlu lakukan sesuatu terhadap jentera2nya kerana tindakan mereka itu boleh menjejaskan peluang BN untuk kekal memerintah..

    ReplyDelete