Tuesday, 24 January 2012

ANAK GADIS SABAH JUAL TUBUH DI KL?

Saudara Pengarang,

SAYA kecewa mendengar cerita kawan-kawan saya bahawa apabila anak gadis dari Sabah yang sedang belajar, mahupun berkerja di Kuala Lumpur sanggup menunggu di lorong-lorong untuk mencari pelanggan untuk tujuan yang tidak elok kerana wang PTPTN dan gaji yang tidak seberapa.

Kasihan dan sedih saya mendengarnya, namun tiada siapapun yang mahu mengambil tahu. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah untuk membendung masalah sosial dan moral yang melanda anak Sabah di perantauan ini?

Mungkin inilah akibat daripada pembunuhan ke atas ekonomi Pribumi Sabah oleh kerajaan BN yang menjajah ekonomi Sabah sejak 1994 sehingga kini. Malangnya, Sabah yang dahulunya kaya kini menjadi negeri TERMISKIN di Malaysia.

Kitakah yang harus dipersalahkan jika tersilap membuat pilihan pada pilihanraya umum akan datang?

Salam Hormat,

LRENZO M SABADUN

No comments:

Post a Comment