Wednesday 11 January 2012

ANWAR PATUT SAMAN SAIFUL



Oleh : AZMAN ARIFFIN

DILAPORKAN dalam banyak blog pro Pakatan Rakyat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memaafkan sesiapa yang memfitnahnya dan dipercayai beliau merujuk kepada Saiful Bukhari.

KeadilanDaily.com melaporkan Anwar sebagai berkata:

“Menurut Anwar, beliau tidak berhasrat memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku, malah sedia memaafkan pihak yang memfitnahnya selama ini.

“Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam, malah sedia memaafkan.”

Agak mengejutkan juga bila penulis mendapat berita dari sumber yang sama bahawa Anwar telah mengarahkan para peguamnya untuk menggugurkan tuntutan saman ke atas Saiful seawalnya pada Isnin depan.

Ideanya ialah untuk menumpukan pada perbicaraan qazaf ke atas Saiful di Mahkamah Syariah.

Sementara penulis sedar bahawa hak untuk menyaman sesiapa adalah milik mutlak Datuk Seri Anwar, penulis juga berpendapat amatlah tidak wajar untuk menggugurkan saman tersebut dikala proses pengadilan berhubung dakwaan liwat itu masih belum tamat.

Pendakwaan masih mempunyai masa sehingga 25 Januari depan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Walaupun dengan meneruskan saman di peringkat sivil, tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang proses qazaf dijalankan serentak kerana ia melibatkan 2 sistem mahkamah yang berbeza.

Apatah lagi apabila penulis turut dimaklumkan bahawa penghakiman penuh oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidi Md Diah adalah sangat berbeza dengan penghakiman ringkas yang dibacakan pada pagi 9 Januari yang lepas.

Dimana yang berbeza, apa yang berbeza, semua itu masih lagi jadi tanda tanya besar. Paling tidak, penghakiman penuh ini sangat dinantikan oleh para penyokong BN untuk meneruskan fitnah jahat ke atas Anwar.

Ada yang memaklumkan penulis bahawa tindakan menarik balik saman ini adalah untuk mengelakkan Saiful dari mendedahkan kes-kes liwat yang berlaku selain daripada dalam pendakwaan asal iaitu pada 26 Jun 2008.

(Saiful pernah mendakwa telah diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar sebelum kejadian pada 26 Jun 2008, dengan beberapa kejadian itu berlaku di luar negara).

Penulis agak skeptikal dengan pandangan tersebut sebab kerana keyakinan penulis bahawa Datuk Seri Anwar memang tidak terlibat dengan kegiatan sedemikian, tapi dengan politik persepsi melebihi fakta, adalah menjadi kesilapan besar kalau kita tidak mengambil tindakan awal mematikan hujahan sedemikian.

Penulis harap Datuk Seri Anwar tidak mengulangi kesilapan pada 2004 apabila tidak mengambil tindakan saman ke atas pengadu Azizan Abu Bakar dan Umi Hafilda seterus membiarkan persoalan ini berlegar tanpa jawapan.

Sedikit sebanyak, kegagalan tersebut menyebabkan masih ada segelintir masyarakat yang percaya Anwar terlibat dengan menjadikan komen hakim Mahkamah Rayuan yang mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual sebagai senjata utama.

Semua kejadian yang berlaku ini sepatutnya memberikan iktibar kepada kita untuk belajar sesuatu darinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama dimasa-masa akan datang.

12 comments:

  1. What good is there for Anwar to do so? I don't think Anwar would want to bring up this issue ever again after all the misery he has endured in these few years.

    ReplyDelete
  2. I would suggest all parties to focus on facing the next GE than wasting time with these sort of issues.

    ReplyDelete
  3. isu ni tak perlulah nak dipanjangkan lagi.

    ReplyDelete
  4. Buat apa mahu bazirkan masa main saman2 lagi??

    ReplyDelete
  5. isu ini cukup lama untuk diselesaikan. jika ada saman menyaman lagi, entah bila lah isu ini akan selesai.

    ReplyDelete
  6. lebih baik tumpukan perhatian kepada isu lain yang lebh penting kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..lagipun kes ini sudah cukup membuatkan politik negara kecoh malah di luar negara pun

      Delete
    2. ...sudah tersebar luas.

      Delete
  7. memang baik memaafkan daripada membalas perbuatan jahat orang lain. kes ini sudah pun selesai. tidak perlu dipanjangkan lagi.

    ReplyDelete
  8. Kita tengok apa yang akan berlaku selepas ini tetang kes Anwar Liwat Saiful ini.

    ReplyDelete
  9. bagaimana jika Saiful benar2 diliwat dan keadilan tidak memihak kepada beliau?? adakah beliau akan memohon maaf kepada Anwar??

    ReplyDelete
  10. kes antara Saiful dan Anwar tidak patut ada campurtangan politik.. Anwar tidak patut menggunakan penyokong2 beliau untuk mempengaruhi keputusan mahkamah..

    ReplyDelete