Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAAD NOOR
PEMUDA PAS Sabah hari ini mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman serta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah mengisytiharkan harta peribadi dan keluarga masing-masing bagi memudahkan rakyat menilai tahap dan jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, pemimpin Sabah tidak seharusnya ‘bercakap besar’ dan perlu membuktikan bahawa taraf hidup mereka menepati citarasa rakyat.
“Cakap besar kita tidak mahu. Cukuplah cakap-cakap Umno/ Bn berjuang kebajikan rakyat. Kita (PAS) mahu, mereka isytihar harta masing-masing,” ujarnya.
Menurutnya, langkah pengistiharan harta yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap barisan kabinet exconya baru-baru perlu diberi pujian kerana mencerminkan keprihatinan sebuah kerajaan terhadap rakyat.
“Ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat serius membangunkan kebajikan rakyat. Kita tidak hanya beromongan kosong, malah membuktikan bahawa kita benar-benar telus dan terus kepada rakyat. Rakyat boleh menilai secara seluas-luasnya. Tiada halangan dan tiada sembunyi-sembunyi,” katanya.
Katanya, pemimpin Umno/BN di negeri ini khususnya tidak perlu berasa terbeban dan teragak-agak untuk menyenarai dan mempamerkan harta masing-masing, jika mereka benar-benar pemimpin sejati yang memiliki jiwa rakyat.
“Mereka tidak perlu gusar. Pemimpin Umno/ Bn mesti berani, sebagaimana mereka berani terhadap rakyat,” ujar Lahirul.
Pada 12 Januari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli exco Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.
Lim Guang Eng memiliki pelaburan dalam Amanah Mutual Bhd yang menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu, pelaburan Dana Public Mutual miliknya meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.
Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilan RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau turut membuat pinjaman sebanyak RM650,000 bagi membayar hartanah itu.
Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malek Kassim hanya mempunyai sebuah kereta Proton Tiara bernilai RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang baru dibeli menggunakan pinjaman kerajaan negeri. Beliau merupakan antara exco yang tidak berharta.
Hasil pengisytiharaan tersebut juga mendapati Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjadi exco paling kaya iaitu memiliki tanah dan rumah di New Zealand bernilai RM1.39 juta, kereta Alphard bernilai RM169,000 dan beberapa unit saham.
Kata Lahirul, Pakatan Rakyat Sabah juga bersedia untuk mengisytiharkan harta masing-masing sekiranya berjaya mentadbir negeri ini.
Pemuda PAS masih belum mengisytiharkan harta lagi, bagaimana mereka boleh meminta BN untuk mengisytiharkan harta?
ReplyDeleteya.. PAS perlu isytiharkan harta mereka terlebih dahulu sebelum nak menyuruh orang lain.
Deletebaru EXCO Pulau Pinang yang isytiharkan harta mereka tapi macam meragukan pula. bagaimana pula dengan harta mereka di luar negara?
DeleteLet's level the playing field: Let both sides declare their assets....
ReplyDeletepengisytiharan harta perlu dilakukan semua pemimpin, rakya berhak tau nilai asset mereka.
ReplyDeleteya...supaya pemimpin boleh jadi lebih 'transparent' kepada rakyat. Tak payah sembuyikan apa-apa dari rakyat
Deleteatau mungkin ada pemimpin2 yang takut amalan rasuah mereka terbongkar?
DeleteNampaknya Pembangkang tidak ada idea sudah mahu menjatuhkan kerajaan BN. Sekarang isu harta pula dijadikan permainan Pembangkang. Biarlah tidak perlulah layan sangat karenah pembangkang ini.
ReplyDeleteYou and your leader declare your own assets first.
ReplyDeletekenapa Lahirul tidak minta pemimpin2 PAS dan PKR istihar harta??
ReplyDelete“Ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat serius membangunkan kebajikan rakyat. Kita tidak hanya beromongan kosong, malah membuktikan bahawa kita benar-benar telus dan terus kepada rakyat."
ReplyDeletebaru DAP yang istihar harta, itupun masih ada yang enggan mencatat sebarang harta miliknya.. PAS pula yang melebih2 sedangkan pemimpin2 PAS dan PKR tidak pun istihar harta masing2.. tidak payah la guna nama Pakatan Rakyat jika hanya sebelah pihak sahaja yang berbuat demikian..