PROGRAM 'Bonding With Gaya Street' merupakan antara acara menarik yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-12 bandar raya ini awal bulan depan.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata program kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan North Borneo History Enthusiasts (NBHE) itu bertujuan mendedahkan tentang sejarah keunikan Jalan Gaya itu.
Beliau berkata program menonjolkan jalan itu akan berlangsung selama dua hari mulai 11 Feb yang akan turut diisi dengan pameran terbuka di beberapa lokasi di jalan berkenaan.
Memberitahu pemberita mengenai majlis perayaan ulang tahun bandar raya Kota Kinabalu yang jatuh pada 2 Feb ini, Abidin berkata DBKK akan turut bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Kota Kinabalu bagi mengadakan "wayang pacak" pada 10 Feb bagi mengimbas kembali sejarah KK Street dan Jalan Gaya.
Selain itu, beliau berkata bagi mengimbas kembali genre muzik era 50-an hingga 70an, konsert dengan tema 'Together Again' akan diadakan pada 11 Feb.
Sementara itu Abidin berkata orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Tahun Baru Cina di Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mulai esok hingga 20 Jan. (BERNAMA)
Acara seperti ini boleh membantu memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan rakyat.
ReplyDeleteA fun and engaging way to promote the history of Gaya street as well as Kota Kinabalu
ReplyDeletesatu acara yang amat menarik dan dpt memupuk semngat 1Malaysia.
ReplyDeletepasti acara ini mendapat sambutan yang meriah.
ReplyDeletemudah2an semuanya berjalan dengan lancar dan keselamatan terkawal.
ReplyDeletediharap acara ini dapat merapatkan silaturahim di kalangan penduduk Kota Kinabalu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
ReplyDeleteprogram seperti ini pasti akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Sabah. semoga program ini berjaya dan mencapai objektifnya.
ReplyDeleteKK Street dan Jalan Gaya ni memang sentiasa menjadi tumpuan bila ada perayaan2.
ReplyDeleteSejarah Jalan gaya ini juga diingati disebabkan kenapa jalan ini sering menjadi tumpuan dibuat.
ReplyDeleteDo come and support this program.
ReplyDeletesama2 lah kita memeriahkan karnival tahun baru cina di lokasi yang telah ditentukan..
ReplyDelete