Thursday 19 January 2012

GEMBLENG TENAGA TEMPATAN HADAPI PRU 13



Oleh : SITI SALASIAH SALAMUN

PENDEDAHAN terhadap perjuangan PAS dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah masih berada dalam tahap yang memuaskan. Tambahan pula, ada yang beranggapan bahawa PAS tidak relevan di Sabah disebabkan anutan pelbagai agama, adat dan budaya yang sememangnya berbeza dari Semenanjung Malaysia.

Namun, akar umbi perjuangan PAS yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah menjadikannya sebuah parti yang sesuai dijadikan wadah untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini.

PAS yang memahami tanggungjawab sebagai sebuah parti Islam yang berjuang mewujudkan sebuah negara Islam yang mengikut acuan Al-Quran yang sebenar, sedaya upaya untuk merakyatkan PAS dan merancang pelbagai program untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang turut didakwa sebagai ‘ibu pilihanraya’.

Setelah lebih daripada 20 tahun PAS bertapak di bumi Sabah, ahlinya turut bertambah dari semasa ke semasa. Jiwa-jiwa yang inginkan kebenaran ini ditarbiah dan sedia berjuang untuk memenangkan PAS pada PRU akan datang. Walaupun dalam kelompok yang sedikit, proses dakwah Islamiyyah ini tetap tidak pernah berhenti.

Namun, fakta yang perlu diterima oleh ahli PAS di Sabah ini ialah, kurangnya tenaga tempatan untuk berkerja sebagai petugas parti. Tenaga tempatan amat diperlukan kerana mereka amat memahami situasi, budaya dan adat disesebuah kawasan itu. Jika boleh bercakap dialek sesebuah kaum, itu merupakan tiket besar untuk memenangi hati masyarakat di samping kelebihan untuk menyelami dan memahami keadaan mereka.

Kesediaan petugas parti daripada Semenanjung Malaysia yang datang berhijrah di Sabah amat diperlukan dan diharapkan kerana situasi politik di kedua-dua tanah besar Semenanjung dan Borneo ini berbeza. Pengalaman dan buah fikiran yang mereka miliki digunakan untuk diaplikasikan di bumi Sabah ini.

Tetapi, sampai bilakah perlu berharap kepada mereka? Apabila sampai waktu untuk mengundi nanti, semenangnya mereka akan balik ke negeri asal mereka untuk mengundi dan meninggalkan kita untuk menguruskan segalanya. Aulawiyyatnya, mereka kena balik mengundi di tempat asal untuk mengekalkan kemenangan.

Bukan persoalan mampu atau tidak, tetapi persoalan kekurangan tenaga kerja yang menjadi isu utama.

Mungkin petugas parti tidak kisah membuat kerja yang banyak dalam suatu masa, tapi tahap kecekapan dan keberkesanan perlu dinilai. Apalah gunanya jika kita bertungkus lumus bekerja selama 5 tahun untuk menghadapi pilhanraya umum seterusnya, tetapi gagal mencapai kemenangan apabila menjelang hari pengundian?

Kita kekurangan petugas untuk mencula, tidak ada kepakaran dalam bidang kewartawanan, tidak cukup kakitangan untuk mendapatkan isu semasa dan banyak lagi kekurangan yang perlu ditampung.

Oleh yang demikian, harapan setinggi gunung saya letakkan dipundak setiap petugas PAS Sabah untuk sedaya upaya menarik lebih ramai orang untuk memahami dasar perjuangan PAS dan bersama-sama berjuang pada PRU akan datang. Keperitan dan kesusahan menjadi asam garam sesebuah perjuangan. Semoga kejayaan akan bertandang pada PRU akan datang.

11 comments:

  1. I'm not sure if PAS is the right party for Sabah as we are a multiracial, multi-religion state. Islamic rulings for the state may not be suitable since there are a significant number of Christians and other religion followers in the state.

    ReplyDelete
  2. It is probably best if Sabah was lead by a local party, PAS should focus on their own states in Semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm totally agree. PAS should focus in WM.

      Delete
  3. iya...biarkan PAS jaga kawaasan mereka di semenanjung.

    ReplyDelete
  4. PAS masih lagi belum mendapat sambutan tinggi di Sabah, kerana keadaan di Sabah berlainan dgn Semenanjung.

    ReplyDelete
  5. Peluang PAS menang di Sabah sangat tipis.

    ReplyDelete
  6. saya rasa PAS ini hanya dikenali di kawasan2 tertentu di Sabah. kalau kawasan yang memang majoriti penganut Kristian memang tiada PAS. jadi, bagaimana PAS mahu cari makan di Sabah??parti yang berasaskan multi-racial party lebih dipilih oleh rakyat.

    ReplyDelete
  7. Untuk menyenangkan hati PAS terpaksa cakap yang positif. Bahawa perjuangan mereka diterima di Sabah. Namun diterima bukan bermaksud disokong oleh rakyat.

    ReplyDelete
  8. masa PRN Sarawak, bukan PAS dapat 'telur' ka?

    ReplyDelete
  9. PAS bukan sahaja mempunyai ideologi politik yang tidak popular, malah sepanjang lebih 20 tahun pentadbiran mereka di Kelantan tidak menunjukkan bahawa parti itu mampu mentadbir negeri Sabah dan juga negeri2 lain..

    ReplyDelete