Saudara Pengarang,
MUNGKIN semua pesakit dan keluarga pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Lama Lahad Datu bingung kerana hospital ini tidak menyediakan tempat letak kereta; seolah-olah pesakit boleh terang ke hospital?
Setiap pengunjung hospital yang memandu kereta akan mengeluh kerana Hospital Lama Lahad Datu tidak langsung menyediakan tempat letak kereta untuk orang awam atau pesakit; hanya untuk kakitangan dan ambulance.
Kami serba salah kerana jika meletakkan kereta di kawasan berpagar, Pengawal Keselamatan Hospital akan melarang; diletakkan di bahu jalan, polis dan JPJ akan saman.
Terpaksalah kami meletakkan kenderaan di halaman rumah kakitangan kerajaan yang terletak di seberang jalan. Bayangkanlah bala dan bahaya yang menanti kami, terutama ibu mengandung atau ibu yang menggendung anak kecil berusia lima bulan atau satu tahun?
Masih berhati perutkah Wakil Rakyat Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam yang membiarkan masalah ini berlarutan, apatah lagi setelah siapnya jalan dua hala yang sentiasa sibuk dan menjadi 'neraka' kepada para ibu dan kanak-kanak yang terpaksa menyeberang jalan untuk ke Hospital Lama berkenaan?
Kenapa perkara penting iaitu 'Jejantas' dilupakan ketika membina jalan dua hala yang terlalu mahal sedangkan apalah ertinya jalanraya dan hospital jika setiap hari berlaku kemalangan dan sering mengundang kematian?
Salam Hormat,
IBU BIMBANG
Harap wakil rakyat dan ahli Parlimen akan membangkitkan isu ini semasa sesi parlimen untuk mendapatkan satu tempat letak kereta dalam hospital ini. Memang sukar untuk pesakit ataupun pelawat untuk datang ke hospital ini jika tiada tempat letak kereta.
ReplyDeletePemimpin harus mengambil tindakan terhadap aduan ibu tu
DeleteAtaupun mereka boleh menyediakan perkhidamatan bas khas untuk pesakit ataupun pelawat yang datang seperti apa yang dilakukan di SMC semasa menunggu bangunan letak kereta itu disiapkan. Bas akan mengambil pesakit di lokasi yang tertentu untuk menghantar mereka ke hospital.
ReplyDeleteBagus juga cadangan ini. Kalau ianya boleh dilakukan di SMC, kenapa di Lahad Datu tidak boleh kan.
Deletekawasan hospital seharusnua mempunyai kawasan letak kerata. ini bagi memudahkan pesakit.
ReplyDeleteharap masalah ni diambil perhatian. Isu ni tidak sepatutnya timbul sebab setiap perancangan harus mengambil berat terhadap tempat letak kereta.
ReplyDeleteinilah perlunya wakil rakyat untuk sentiasa sensitif terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.
ReplyDeletePerlu ditangani masalah tempat meletak kereta yang dihadapi ini.
ReplyDeleteAduan ini perlu diambil berat kerana rakyat berhak mendapatkan kemudahan yang baik. Nanti bukan tambah baik kalau ke hospital, tambah sakit pula.
ReplyDeletekenapa tidak pergi saja ke hospital baru? jarak dari hospital lama ke hospital baru bukannya jauh sangat..
ReplyDeleteadakah Ibu Bimbang tidak tahu kewujudan hospital baru yang lebih besar, selesa, lengkap dan lebih banyak tempat letak kereta berhampiran dengan hospital lama??
ReplyDelete