Saudara Pengarang,
PENDUDUK di Kg. Bakiau, Keningau, Sabah memohon kepada pihak yang bertanggungjawab menaiktaraf jalan Kg. Bakiau, selepas lampu Isyarat, simpang Eon yang juga merupakan laluan utama penduduk berkenaan ke Pekan Keningau sehingga menimbulkan kesukaran mereka menjalani kehidupan seharian.
Malangnya masalah kerosakan jalan tersebut yang berlaku sejak lebih 20 tahun lalu telahpun disuarakan kepada pihak tertentu menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bakiau, namun sehingga sekarang tiada tanda- tanda tindakan telah diambil.
Penduduk Kampung juga mengalami kesukaran ketika musim hujan, kerana jalan tersebut akan berlubang dan berlopak ini sekaligus menimbulkan kesukaran kepada kenderaan kecil untuk melalui jalan tersebut.
Di samping itu Kg. Bakiau juga berisiko tinggi mengalami banjir ketika musim hujan kerana sistem perparitan yang kurang baik.
Malahan penduduk kampung juga merungut kerana tambang yang tinggi dikenakan oleh pemandu teksi atas alasan jalan tersebut terlalu teruk dan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan kenderaan; bagaimanapun ada sesetengah teksi enggan melalui jalan tersebut.
“Kami merayu agar kerajaan menaik taraf jalan kampung ini kerana jalan ini merupakan laluan utama untuk penduduk ke Hospital berikutan kes-kes kecemasan, walhal jalan kampung kami ini bukannya panjang, hanya 1 km untuk keluar, tetapi struktur jalan yang tidak baik menyebabkan hampir 30 minit untuk keluar dari jalan tersebut.
"Apa ertinya kemerdekaan jika kami tidak menikmati erti pembangunan dan masih menggunakan jalan tanah berlumpur dan berdebu pada musim kering” ujar Nancy yang tinggal di kampung berkenaan sejak kecil.
Bagi pihak penduduk Kg. Bakiau, Nancy memohon supaya Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin bin Hj. Karno agar dapat turun padang dan meninjau jalan tersebut.
Salam Hormat,
DIDIROY
Aduan ini sudah lama dibangkitkan, harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk menaiktaraf jalan raya ini supaya rakyat boleh menjalani aktiviti seharian dengan mudah.
ReplyDeleteperlukah mengambil masa agak lama untuk menaiktarafkan jalan tu
DeleteKalau sudah keluar di media, tiada alasan untuk mengatakan bahawa masalah ini terlepas pandang. Wakil rakyat perlu mainkan peranannya. Turun padang.
DeleteRakyat perlulah ada kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, perkhidmatan pendidikan dan perubatan, barulah kita boleh melangkah ke arah pembangunan.
ReplyDeleteHopefully the relevant authorities will look into this matter at earnest.
ReplyDeleteThis kampung should also be included within the development planning for the betterment of the people
ReplyDeletewakil rakyat perlu turun padang dan melihat sendiri keadaan jalan tersebut.
ReplyDeletejangan risau,dekat2 PRU ni mesti pemimpin sangat prihatin dan terus buat tindakan.
Deletejalan tersebut sngt teruk, mcm bukan jalan, macam sungai. perbaikilah jalan tersebut, penduduk juga perlu jalan yang baik untuk kemudahan mereka.
ReplyDeletedengan peruntukan bajet yang sangat besar tahun ini pasti jalan2 seperti ini akan dapat dinaiktarafkan.
ReplyDeletePihak yang bertanggungjawab perlulah menaiktaraf jalan Kg. Bakiau tersebut yang kurang menyenangkan itu.
ReplyDeleteTeruskan menyuarakan masalah ini bagi memastikan para wakil dan pemimpin mendengar masalah ini dan akan mengambil tindakan penyelesaian secepat mungkin.
ReplyDeletePeruntukan kepada Sabah perlu ditambah. Sabah juga merupakan pengeluar kelapa sawait dan minyak utama di negara ini. Bantulah bangunkan Sabah.
ReplyDeletependuduk kampung mungkin boleh mengadakan aktiviti gotong royong untuk membaiki sistem perparitan.. soal jalan raya memang wajar disuarakan kepada pihak kerajaan..
ReplyDeletepihak JKKK kampung Bakiau perlu sentiasa aktif menyuarakan masalah penduduk kampung kepada pihak yang berkenaan..
ReplyDelete