Saturday, 21 January 2012

JANGAN HANYA TUNGGU ADUAN RAKYAT



JAWAB ......Azizah (dua kiri) ketika menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan pemimpin pada perjumpaan itu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

PEMIMPIN masyarakat peringkat akar umbi di sini diminta sentiasa mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata pemimpin perlu turun padang dan mengetahui lebih awal sebarang masalah rakyat idak hanya menunggu aduan untuk bertindak.

“Jangan tunggu aduan rakyat baru hendak bertindak. Pemimpin seperti JKKK dan ketua kampung perlu proaktif memantau sebarang masalah yang timbul dan apa-apa keperluan rakyat,” katanya pada majlis perjumpaan dengan pemimpin masyarakat kawasan dewan Undangan Negri (Dun) Klias di Bilik Mesyuarat Pejabat Dearah Beaufort di sini, kelmarin.

Kira-kira 200 pemimpin masayarakat terdiri daripada ketua kampung , pengerusi JKKK/JKDB dan Ketua Masyarakat Cina hadir pada majlis itu.

Azizah yang juga Adun Klias berkata pemimpin masyarakat juga perlu mengetahui isu-isu semasa bagi menangkis tohmahan dan dakyah pihak tidak bertanggungjawab seperti parti pembangkang.

Pemimpin yang hadir juga diingatkan agar sentiasa menanamkan semangat kerja berpasukan bagi memastikan sesuatu program dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada pertemuan kira-kira empat jam itu pemimpin yang hadir diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan masalah berkaitan.

11 comments:

  1. Pemimpin ataupun wakil rakyat perlulah sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka iaitu turun padang untuk melihat kesusahan rakyat dan cuba membantu mereka.

    ReplyDelete
  2. Rakyat memberikan sokongan dan undian bila pemilihan wakil rakyat diadakan. Mereka yang sudah menang perlulah membalas sokongan rakyat dengan melaksanakan tugas mereka dengan baik.

    ReplyDelete
  3. ya.. pemimpin harus sentiasa turun padang dan melihat masalah2 rakyat. masalah tu kena juga diselesaikan , bukan sekadar tgk tapi tiada tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajinan pemimpin turun padang akan lebih mengerti keperluan dan kebajikan rakyat.

      Delete
  4. Setiap pemimpin an pihak berkuasa perlu sentiasa peka dengan keperluan dan kebajikan rakyat. Jangan hanya menunggu komplen dari mana2 pihak baru buat kerja

    ReplyDelete
  5. sepatutnya pemimpin yang bertindak dahulu,bukannya rakyat sebab tanggungjawab pemimpin memang untuk memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin dan rakyat saling bergantungan. Kerjasama yang baik di antara rakyat dan pemimpin boleh memberikan impak yang lebih berkesan.

      Delete
  6. Betul tanggungjawab adalah mengenal pasti masalah penduduk. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dari aduan yang dibuat oleh penduduk. Sebaiknya perlulah turun padang dan melihat sendiri.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin dari atas hingga bawah harus rajin turun padang untuk bertemu dengan penduduk dan menijau sendiri masalah yang mereka adukan.

    ReplyDelete
  8. pemimpin2 kerajaan perlu sentiasa mendahului pemimpin2 pembangkang dalam mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.. jika pemimpin2 pembangkang boleh menerima aduan2 dari orang ramai, kenapa pemimpin2 kerajaan tidak boleh??

    ReplyDelete
  9. orang ramai juga perlu mengajukan aduan mereka tepat kepada pihak yang bertanggungjawab.. tidak perlu menunggu pemimpin2 politik datang ketempat mereka..

    ReplyDelete